Assalamualaikum para gojes dan hensom yang sangat ohsem :-).. kabare??? kikikik. Janganlah serius sangat :-)
Hari ni mau share suatu yang sangat penting. Khusus untuk semua terutamanya yang sedang berusaha untuk kurus, yang menjual set kurus, dan apa juga yang berkaitan dengan kurus.
Kita mungkin sudah cuba mengambil pelbagai set kurus. Tapi masih lagi gagal untuk kurus. Malah, ambil set kurus SHAKLEE sendiri pun, kita gagal. Sampaikan kita cakap, lemak kita ni sudah masuk kategori lemak tepu. Ketepuannya mengalahkan ketepuan lemak kerbau.
Jangan Stress. Dan jangan labelkan sesuatu produk itu tidak berkesan bila kita gagal kurus. Macam produk SHAKLEE sendiri pun, sebenarnya ada banyak testimony yang berjaya kurus. Antaranya boleh baca entry saya mengenai Set Kurus Shaklee Tudak Berkesan. Tapi dalam masa yang sama, ramai juga yang tidak mampu kurus dengan mengambil produk Shaklee.
Sebenarnya, bila kita ingin kurus, kita kena pertimbangkan juga aktiviti, dan pemakanan harian kita. Kita kena tengok semula lifestyle kita. Adakah kita ni jenis yang hanya duduk sepanjang hari?? Atau adakah kita ni jenis yang suka makan makanan ringan? Atau juga suka mengambil makanan yang tinggi kalori??
Katanya.. kita mau diet. Tapi makan keropok 20Sen. Memanglah kuantiti keropok tu sikit. Tapi pernah kita cek dibahagian belakang keropok tu, berapa kandungan kalori dalam setiap bungkusan? Kalau sebelum ini tidak pernah, mula dari hari ini, sila cek. Sebab ada diantara keropok tu yang sikit saja dari segi kuantiti.. tapi kalori yang terkandung didalamnya adalah 160kcal. Hampir separuh daripada kadar kalori yang ada dalam satu setengah cawan nasi putih.
Yang lebih malang, sudahlah ambil kalori yang tinggi, penggunaan tenaga pula kurang. Makin tepulah lemak hihihi.
Maaf. Saya bukan berniat untuk mengejek siapa-siapa. Itu hanyalah sedikit mukaddimah yang ada kebenarannya.
Hari ni saya akan kongsi tips kurus, atau cara kurus dengan mengawal pengambilan kalori. Jadi sebelum bermula, ambil pen, ambil kertas, calculator kerana kita akan belajar mengira.
Keperluan Kalori Harian
Setiap individu mempunyai keperluan kalori harian (Daily Calorie Requirement atau DCR) yang berbeza. Ianya ditentukan dengan mengambil kira faktor umur, jantina, tinggi dan aktiviti harian. Sebelum kita mengira DCR, kita kenalah kira dulu Basal Metabolic Rate (BMR).
BMR adalah nilai kalori sehari yang tubuh perlukan apabila berada dalam keadaan rehat. Maknanya nilai kalori yang anda perlukan untuk tubuh anda melakukan aktiviti asas seperti bernafas, berfikir, menghadam makanan dan sebagainya.
Kita boleh mengira BMR kita menggunakan menggunakan formula dibawah :
Mengira BMR Lelaki
66+ (13.7 x berat dalam KG)+(5 x tinggi dalam CM)-(6.8 x umur dalam Tahun)
66+ (13.7 x berat dalam KG)+(5 x tinggi dalam CM)-(6.8 x umur dalam Tahun)
Mengira BMR Perempuan
655 + .6 x berat dalam KG)+(1.8 x tinggi dalam CM)-(4.7 x umur dalam Tahun)
Selepas kita mengetahui nilai BMR kita, kita kira pula keperluan kalori harian kita atau DCR.
DCR setiap individu dikira secara berbeza mengikut aktiviti masing-maisng seperti berikut. Ianya boleh dikira dengan menggunakan Calorie Calculator atau dikira secara manual seperti berikut :
Cara Kira DCR
Tiada senaman/duduk dimeja : BMR x 1.2
Senaman ringan (1-3 hariseminggu) : BMR x 1.375
Senaman sederhana (3-5 hari seminggu) : BMR x 1.55
Senaman Berat (6-7 hari seminggu) : BMR x 1.75
Senaman Seperti Atlet Kebangsaan : BMR x 1.9
Bagaimana Pengetahuan Mengenai BMR dan DCR membantu kita untuk mengawal berat badan???
Jeng jeng jengg...
Senang sahaja. Untuk menguruskan badan, Pengambilan kalori mestilah kurang daripada DCR. dan dalam masa yang sama, tidak boleh kurang daripada BMR. Sebab, jika kurang daripada BMR, maka metabolisme akan jatuh yang akan menyebabkan diri anda letih, lesu, tidak bermaya. Seeloknya, jika mahu kurus, anda mestilah mengambil kalori kurang daripada 500kcal daripada nilai DCR.
Jika kita ingin meningkatkan berat badan pula, kalori yang diambil mestilah 500kcal lebih daripada DCR.
Bagaimana mengetahui jumlah kalori yang diambil setiap hari?
Biasakan diri bermula dari hari ini, setiap kali mengambil sesuatu makanan, lihat pada jadual nutrisi yang biasanya ada dibelakang setiap pembungkus makanan tersebut. Dari sana, kita akan boleh memantau berapa kalori yang kita ambil setiap hari.
-- Tips Kurus Ini Akan Bersambung --
Sementara itu, jika anda berminat untuk mendapatkan set kurus SHAKLEE, dapatkan secara online disini.
Atau hubungi saya melalui SMS/WhatsApp 0128246245.