Aku : Hidup ni simple jika difikirkan simple. Kita cuma perlu hadap dan jaga kehidupan kita. Tidak perlu berlakon untuk menjadi orang lain atau apa yang orang inginkan. Bersyukur dengan apa yang ada, dan cuba untuk berkongsi sebanyak mungkin manfaat kepada orang disekeliling kita. Abaikan perkara-perkara negatif, fokus kepada segala bentuk kebaikan..
Showing posts with label BComplex. Show all posts
Showing posts with label BComplex. Show all posts
Friday, July 03, 2015
Fungsi BComplex Shaklee
Posted by
Pengedar Shaklee Sabah
at
10:39 am
Fungsi BComplex Shaklee
2015-07-03T10:39:00+08:00
Pengedar Shaklee Sabah
BComplex|
Comments

Labels:
BComplex
Monday, May 19, 2014
Cerita Berpantang : Jamu Vs Vitamin SHAKLEE
Alhamdulillah, Akhirnya setelah sekian lama menanti, Allah kurniakan
saya anak perempuan.
Ketika saya mengandung, saya
tidak terlalu rasa perbezaan dengan kandungan sebelum ini. Sebab kesemuanya
saya lalui dengan aktiviti yang padat dan lasak. Dan Allah mengurniakan saya
kesihatan yang baik sepanjang tempoh mengandung.
Cuma yang benar-benar agak
berbeza adalah, selepas melahirkan baby, saya rasa sangat cergas, sihat, riang,
ceria dan berseri. Tidak taulah jika aura anak perempuan menyebabkan semangat
saya lain macam sehingga tercetus imej yang positif dari dalam diri saya. Tapi
saya percaya, selain dari aura tersebut, faktor pemakanan juga menyumbang keadaan
ini.
3 kandungan sebelum ini, saya
mengambil jamu ketika berpantang. Tidak perlulah saya nyatakan jenis jamu yang
saya makan. Pada kandungan pertama, saya Cuma sihat sepenuhnya selepas melepasi
minggu ketiga. Ketika minggu pertama, saya masih ingat, arwah mak saya menyuruh
saya memakai gincu untuk cover muka saya yang terlalu pucat selepas melahirkan
anak.
Kandungan kedua, saya mula makan
jamu ketika masih berada di hospital. Saya ikut saranan pada pek jamu tersebut
iaitu, masukkan teh ke dalam air suam, dan campurkan madu untuk memulihkan
tenaga sejurus selepas bersalin. Akibatnya, baby saya mengalami jaundice yang
teruk. Berpanjangan pulak tu. Huhu. Saya tidak berapa ingat berapa lama saya
recover daripada ‘sakit’ selepas bersalin, Cuma yang saya ingat, bermula
daripada anak kedua, saya mengalami kesakitan pada bahagian rahim, terutamanya
ketika menyusukan baby. Orang cakap, darah beku. Tuhan dan mereka-mereka yang
pernah mengalami sahaja tahu betapa seksanya menanggung kesakitan tu.
Kandungan ketiga, saya masih
makan jamu yang sama ketika berpantang anak kedua. Tapi kali ini, saya bijak
sikit. Saya hanya mengambil jamu tersebut selepas baby disahkan tidak lagi
jaundice. Akibatnya.. badan agak lemah, dan sakit pada rahim menjadi-jadi
terutama ketika menyusukan anak.
Oh ya, saya tidak pasti jika makanan saya menjadi penyebab, atau saya yang tidak tahu jaga yang menyebabkan darah nifas saya agak lambat kering selepas kelahiran ketiga-tiga putera saya.
Oh ya, saya tidak pasti jika makanan saya menjadi penyebab, atau saya yang tidak tahu jaga yang menyebabkan darah nifas saya agak lambat kering selepas kelahiran ketiga-tiga putera saya.
Untuk kandungan yang keempat
ni,saya agak teruja untuk berkongsi. Saya rasa, dan semua orang yang berjumpa
dengan saya cakap, saya Nampak sihat, ceria, segar, dan seolah-olah bukan orang
yang baru bersalin. Orang cakap tu bukannya cakap seminggu selepas saya
melahirkan baby. Orang cakap, selepas beberapa jam saya melahirkan. Syukur
Alhamdulillah. Untuk kandungan yang keempat, saya mengambil set pregnan SHAKLEE
sejak awal kandungan, sehinggalah saya melahirkan. Dan bersambung pula ketika
berpantang.
ESP, Vitalea, Bcomplex, Vitamin
C, dan Ostematrix. Suplemen yang jarang saya lupakan setiap hari. Dan hasilnya
:
- Kulit baby sangat gebu. Berbeza dengan putera-putera saya yang lahir gelap dan kusam, seperti warna Nescafe yang saya minum sepanjang mengandung. Untuk makluman semua, sepanjang mengandung baby yang ke4 ni pun, saya tidak pernah tinggal Nescafe. Almaklumlah.. sudah ketagih huhu.
- Badan sihat, cergas, muka berseri
- Jahitan pada luka bersalin cepat sembuh (dalam tempoh satu minggu sudah tidak terasa sakit)
- Kurang stress
- Masih bertenaga pada waktu siang walaupun terpaksa bangun malam untuk menyusukan baby atau temankan baby berjaga
- Tiada kesakitan “darah beku” yang saya alami seperti berpantang anak kedua dan ketiga
- Darah nifas berhenti ketika genap 2 minggu selepas bersalin
- Oh ya.. untuk kandungan yang ini juga, jaundice baby tidak seteruk baby saya yang lain. Ketika mula cek, kadar SB 140. Dan hari berikutnya, turun kepada 130. Doktor suruh cek selang 2 hari selepas itu. Masa ni saya agak cuai, saya consume ZINC. Kan memang sudah sedia maklum, dalam ZINC ada serbuk alfafa. Dan akibatnya temujanji berikutnya, bacaan SB baby naik mendadak 222. Nasib baiklah ada mentor yang ingatkan saya untuk berhenti makan zinc. Alhamdulillah, 2 hari selepas itu, cek SB baby, turun mendadak kepada 90. Saya percaya, amalan minum ESP+MADU dan minum minyak zaitun setiap pagi ketika mengandung membantu meminimakan jaundice baby. Mungkin jika dimulakan sejak awal kandungan, baby langsung tidak ada jaundice. Tapi saya hanya mulakan amalan tersebt ketika usia kandungan masuk 35 minggu. Kredit juga kepada Muslim Cottage yang telah berkongsi petua mengelakkan jaundice dalam bukunya yang bertajuk Mudahnya Berpantang. Dari dia saya tahu tentang petua elak jaundice tu iaitu minum madu n minyak zaitun. Cuma saya modified sikit, tambahkan ESP.
- Susu badan ‘cepat ada’. Tentunya sedia maklumkan, agak sukar menyusukan baby pada awal kelahiran sebab tiada susu. Tapi dengan pengambilan ESP, susu saya mula penuh pada hari ke3 selepas bersalin. Alhamdulillah.. rezeki Allah.
Insyaallah.. selepas ini, saya
akan berEksperimen dengan set kurus pula. Memang kandungan pada kali ini saya
agak bambam. Mungkin kesan pengambilan vitamin yang menyebabkan saya sentiasa
berselera makan, atau.. mungkin juga disebabkan suami saya yang suka sangat
belanja makan di tempat-tempat yang menyediakan banyak makanan sedap, berlemak,
dan mengandungi kalori yang tinggi sepanjang mengandung, atau kedua-duanya sekali.. Nantikan perkongsian
saya nanti. (untuk rekod, berat ketika mengandung 66KG, berat sekarang 59kg).
Untuk mendapatkan set Mengandung,
Berpantang dan Breastfeeding Shaklee, atau ingin mendapatkan nasihat suplemen
yang sesuai untuk anda hubungi saya melalui :
SMS : Taipkan SHAKLEE SUPLEMENT dan hantarkan ke 0128246245, saya akan hubungi anda.
WHATSAPP : 0128246245
Email : Ujye82@gmail.com
FB : www.facebook.com/UjyeRohimin
Posted by
Pengedar Shaklee Sabah
at
12:29 am
Cerita Berpantang : Jamu Vs Vitamin SHAKLEE
2014-05-19T00:29:00+08:00
Pengedar Shaklee Sabah
BComplex|Berpantang Dengan Shaklee|Cerita Berpantang Jamu VS Vitamin Shaklee|ESP|Jaundice dan Shaklee|Ostematrix|Shaklee Suplemen|Sihat dan Ceria Selepas Bersalin|Vitalea|
Comments

Labels:
BComplex,
Berpantang Dengan Shaklee,
Cerita Berpantang Jamu VS Vitamin Shaklee,
ESP,
Jaundice dan Shaklee,
Ostematrix,
Shaklee Suplemen,
Sihat dan Ceria Selepas Bersalin,
Vitalea
Subscribe to:
Posts (Atom)