Showing posts with label Ostematrix. Show all posts
Showing posts with label Ostematrix. Show all posts

Tuesday, December 10, 2019

Kisah Sembelit Bagi Ibu Mengandung Dan Menyusukan Anak

Masalah Sembelit

Aduhh sengsaranya sembelitt :-(..


Suplemen Herbalax membantu masalah sembelit. Tapi tidak bagi ibu mengandung dan menyusukan anak. 

Ada sorang kawan, bertanya samada boleh atau tidak beliau makan Herbalax daripada Shaklee untuk mengatasi masalah sembelit?

No. Jangan sesekali ya. Biarpun saya suka duit, tapi saya tidak akan sekali-kali menjual Herbalax untuk ibu-ibu yang mengandung ataupun menyusukan anak. Tapi kenapa herbalax tidak boleh untuk ibu mengandung?  Sebabnya, bahan-bahan yang terkandung dalam Herbalax adalah herba, yang biasanya panas. Pengambilan herba boleh meningkatkan suhu badan ibu dan boleh meningkatkan kemungkinan berlakunya keguguran.

Lalu, kenapa herbalax tidak boleh untuk ibu menyusukan bayi? Sebabnya.. Herbalax yang dimakan oleh ibu akan turut dikongsi oleh anak melalui susu badan. Dan bimbang ini akan mengakibatkan bayi cirit-birit.

Jadi apa solusi untuk masalah sembelit bagi ibu hamil atau bagi mereka yang menyusukan anak??? 

Mudah saja mama-mama gojes sekalian, ambil suplemen Ostematrix. Ostematrix atau kalsium daripada Shaklee ni bukan kalsium semata-mata. Ianya mengandungi kandungan seperti berikut :

Ostematrix Lebih Daripada Kalsium

Ostematrix mengandungi Magnesium yang bukan sahaja bantu penyerapan kalsium tapi sebenarnya juga sangat membantu mengatasi sembelit. Magnesium membantu proses persitalsis (pengecutan dan pengenduran otot pada usus), dan dalam masa yang sama melembutkan najis.Selain itu magnesium juga membantu mengurangkan ketegangan otot pencernaan supaya boleh berfungsi dengan baik. 

Jadi.. demikianlah. bila Ibu Hamil / Menyusukan Anak mengambil Ostematrix daripada shaklee, bukan sahaja mendapat keperluan kalsium untuk badan, dalam masa yang sama juga membantu masalah sembelit.  


Sukar untuk mendapatkan Ostematrix? Kini tidak lagi. Saya pengedar shaklee yang sah dan saya melakukan penghantaran ke seluruh Malaysia. Boleh pilih cara di bawah untuk mendapatkan Ostematrix dengan cara mudah.





Ujye Rohimin
SID : 950003
012 812 5280

Monday, May 19, 2014

Cerita Berpantang : Jamu Vs Vitamin SHAKLEE

Alhamdulillah, Akhirnya setelah sekian lama menanti, Allah kurniakan saya anak perempuan.

Ketika saya mengandung, saya tidak terlalu rasa perbezaan dengan kandungan sebelum ini. Sebab kesemuanya saya lalui dengan aktiviti yang padat dan lasak. Dan Allah mengurniakan saya kesihatan yang baik sepanjang tempoh mengandung.

Cuma yang benar-benar agak berbeza adalah, selepas melahirkan baby, saya rasa sangat cergas, sihat, riang, ceria dan berseri. Tidak taulah jika aura anak perempuan menyebabkan semangat saya lain macam sehingga tercetus imej yang positif dari dalam diri saya. Tapi saya percaya, selain dari aura tersebut, faktor pemakanan juga menyumbang keadaan ini.

3 kandungan sebelum ini, saya mengambil jamu ketika berpantang. Tidak perlulah saya nyatakan jenis jamu yang saya makan. Pada kandungan pertama, saya Cuma sihat sepenuhnya selepas melepasi minggu ketiga. Ketika minggu pertama, saya masih ingat, arwah mak saya menyuruh saya memakai gincu untuk cover muka saya yang terlalu pucat selepas melahirkan anak.

Kandungan kedua, saya mula makan jamu ketika masih berada di hospital. Saya ikut saranan pada pek jamu tersebut iaitu, masukkan teh ke dalam air suam, dan campurkan madu untuk memulihkan tenaga sejurus selepas bersalin.  Akibatnya, baby saya mengalami jaundice yang teruk. Berpanjangan pulak tu. Huhu. Saya tidak berapa ingat berapa lama saya recover daripada ‘sakit’ selepas bersalin, Cuma yang saya ingat, bermula daripada anak kedua, saya mengalami kesakitan pada bahagian rahim, terutamanya ketika menyusukan baby. Orang cakap, darah beku. Tuhan dan mereka-mereka yang pernah mengalami sahaja tahu betapa seksanya menanggung kesakitan tu.

Kandungan ketiga, saya masih makan jamu yang sama ketika berpantang anak kedua. Tapi kali ini, saya bijak sikit. Saya hanya mengambil jamu tersebut selepas baby disahkan tidak lagi jaundice. Akibatnya.. badan agak lemah, dan sakit pada rahim menjadi-jadi terutama ketika menyusukan anak.
Oh ya, saya tidak pasti jika makanan saya menjadi penyebab, atau saya yang tidak tahu jaga yang menyebabkan darah nifas saya agak lambat kering selepas kelahiran  ketiga-tiga putera saya.


Untuk kandungan yang keempat ni,saya agak teruja untuk berkongsi. Saya rasa, dan semua orang yang berjumpa dengan saya cakap, saya Nampak sihat, ceria, segar, dan seolah-olah bukan orang yang baru bersalin. Orang cakap tu bukannya cakap seminggu selepas saya melahirkan baby. Orang cakap, selepas beberapa jam saya melahirkan. Syukur Alhamdulillah. Untuk kandungan yang keempat, saya mengambil set pregnan SHAKLEE sejak awal kandungan, sehinggalah saya melahirkan. Dan bersambung pula ketika berpantang.

ESP, Vitalea, Bcomplex, Vitamin C, dan Ostematrix. Suplemen yang jarang saya lupakan setiap hari. Dan hasilnya :


  • Kulit baby sangat gebu. Berbeza dengan putera-putera saya yang lahir gelap dan kusam, seperti warna Nescafe yang saya minum sepanjang mengandung. Untuk makluman semua, sepanjang mengandung baby yang ke4 ni pun, saya tidak pernah tinggal Nescafe. Almaklumlah.. sudah ketagih huhu.
  • Badan sihat, cergas, muka berseri
  • Jahitan pada luka bersalin cepat sembuh (dalam tempoh satu minggu sudah tidak terasa sakit)
  • Kurang stress
  • Masih bertenaga pada waktu siang walaupun terpaksa bangun malam untuk menyusukan baby atau temankan baby berjaga
  • Tiada kesakitan “darah beku” yang saya alami seperti berpantang anak kedua dan ketiga
  • Darah nifas berhenti ketika genap 2 minggu selepas bersalin
  • Oh ya.. untuk kandungan yang ini juga, jaundice baby tidak seteruk baby saya yang lain. Ketika mula cek, kadar SB 140. Dan hari berikutnya, turun kepada 130. Doktor suruh cek selang 2 hari selepas itu. Masa ni saya agak cuai, saya consume ZINC. Kan memang sudah sedia maklum, dalam ZINC ada serbuk alfafa. Dan akibatnya temujanji berikutnya, bacaan SB baby naik mendadak 222. Nasib baiklah ada mentor yang ingatkan saya untuk berhenti makan zinc. Alhamdulillah, 2 hari selepas itu, cek SB baby, turun mendadak kepada 90. Saya percaya, amalan minum ESP+MADU dan minum minyak zaitun setiap pagi ketika mengandung membantu meminimakan jaundice baby. Mungkin jika dimulakan sejak awal kandungan, baby langsung tidak ada jaundice. Tapi saya hanya mulakan amalan tersebt ketika usia kandungan masuk 35 minggu. Kredit juga kepada Muslim Cottage yang telah berkongsi petua mengelakkan jaundice dalam bukunya yang bertajuk Mudahnya Berpantang.  Dari dia saya tahu tentang  petua elak jaundice tu iaitu minum madu n minyak zaitun. Cuma saya modified sikit, tambahkan ESP.
  • Susu badan ‘cepat ada’. Tentunya sedia maklumkan, agak sukar menyusukan baby pada awal kelahiran sebab tiada susu. Tapi dengan pengambilan ESP, susu saya mula penuh pada hari ke3 selepas bersalin. Alhamdulillah.. rezeki Allah.
Insyaallah.. selepas ini, saya akan berEksperimen dengan set kurus pula. Memang kandungan pada kali ini saya agak bambam. Mungkin kesan pengambilan vitamin yang menyebabkan saya sentiasa berselera makan, atau.. mungkin juga disebabkan suami saya yang suka sangat belanja makan di tempat-tempat yang menyediakan banyak makanan sedap, berlemak, dan mengandungi kalori yang tinggi sepanjang mengandung, atau kedua-duanya sekali.. Nantikan perkongsian saya nanti. (untuk rekod, berat ketika mengandung 66KG, berat sekarang 59kg).

Untuk mendapatkan set Mengandung, Berpantang dan Breastfeeding Shaklee, atau ingin mendapatkan nasihat suplemen yang sesuai untuk anda hubungi saya melalui :

SMS : Taipkan SHAKLEE SUPLEMENT dan hantarkan ke 0128246245, saya akan hubungi anda.
WHATSAPP : 0128246245
Email : Ujye82@gmail.com
FB : www.facebook.com/UjyeRohimin



Thursday, August 29, 2013

Shaklee, Sembelit dan Buasir

Hari ni saya terpanggil untuk menulis tentang produk shaklee yang berkaitan dengan sembelit dan buasir. Since ramai betul yang mengalami masalah ni, maka eloklah kita bagi tumpuan.

Biasanya kalau ada HerbLax, kita akan cadang Herblax. tapi malang.. mengimpikan Herblax umpama mengimpikan emas naik hingga ke para RM200/gm. Memang tidak mustahil tapi penantian hingga mencecah harga itu masih agak jauh.

Selalunya, di SHAKLEE jika pelanggan mengalami sembelit, kita cadangkan pengambilan Ostematrix. Produk Shaklee yang mengandungi Khasiat seperti berikut :

Supplement Facts Serving Size: 4 Caplets Servings per Container: 30
Ingredients
Amt Per Serving
Units
%Daily Value
Total Carbohydrate
<1
g
<1%**
Vitamin D3 (as cholecalciferol)
400
IU
100%
Vitamin K (as phytonadione)
40
mcg
50%
Calcium (as calcium carbonate, calcium citrate and calcium citrate malate)
1,000
mg
100%
Magnesium (as magnesium oxide, magnesium citrate and magnesium gluconate)
400
mg
100%
Zinc (as zinc gluconate)
1.5
mg
10%
Copper (as copper gluconate)
0.2
mg
10%
Manganese (as manganese gluconate)
0.2
mg
10%
Sodium
5
mg
<1%
Boron (as trace mineral protein hydrolysate)
3
mg
*

** Percent Daily Values (DV) are based on a 2,000 calorie diet. * Daily Value not established

Dan ada pula yang bertanya.. apa kaitan Kalsium dengan Sembelit?
Sebenarnya.. Kalsium membantu pergerakan otot yang lebih lancar. Dan antara punca sembelit adalah otot pada abdomen menjadi kendur menyebabkan tekanan dalam abdomen menjadi rendah daripada biasa. Keadaan ini boleh dibantu dengan pengambilan kalsium.

Ostematrix juga mengandungi Magnesium yang membantu melembutkan najis, sekaligus memudahkan pembuangan.

Zinc membantu menyembuhkan luka, bagi mereka yang mengalami buasir. 
...