Showing posts with label ESP. Show all posts
Showing posts with label ESP. Show all posts

Sunday, March 01, 2015

ESP SHAKLEE Promosi Lagi!!

Assalamualaikum, 
Selamat Tahun Baru Shaklee.
Huhu. Saya pasti semua SID SHAKLEE sedang teruja dengan kehadiran cycle baru di dalam SHAKLEE. Pastinya dengan azam dan target baru, rank baru dan strategi kejayaan yang baru. Saya doakan semoga semuanya akan dipermudahkan.. Amin.

Ada satu lagi perkara yang sangat mengujakan semua SID Shaklee. Promosi!!! Inilah yang ditunggu-tunggu setiap awal bulan. Dan keterujaan menjadi-jadi bila dapat tahu ESP PROMOSI LAGI!!!

Balik-balik promosi kan? hihi. Itu yang bestnya supaya semua pengguna ESP balik-balik dapat kebaikan ESP pada harga yang lebih murah.

Promosi ESP, Beli 6 Percuma 1. Semuaa pengguna akan dapat penjimatan sebotol ESP yang bernilai RM150 jika membeli 6 botol ESP sepanjang bulan ini. Bagi yang belum mula menggunakan ESP, inilah bulan yang terbaik untuk mula menggunakannya. 

Eiks.. Ya, kenapa perlu ambik ESP??

Nih, saya listkan kenapa perlu consume ESP :- 

- ESP adalah sumber tenaga yang memiliki kualiti protein yang tinggi.

- ESP sesuai untuk semua peringkat umur, dan ia satu-satunya produk dalam pasaran yang menyediakan 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh badan.

- Kandungan Indeks Glisemik ESP rendah menjadikan ianya sangat sesuai kepada pengidap kencing manis.

- Testimoni sendiri, ESP membantu mengurangkan kolestrol selepas penggunaan 1 Canister.

- Asid amino dalam ESP membantu untuk Awet muda. Asid Amino penting untuk membina otot, rambut, kuku, kulit dan lain-lain.

- ESP juga bagus untuk hormon.

- ESP mengekang pertumbuhan dan perebakan sel kanser.

- Bagi wanita yang mula memasuki usia 30tahun, ancaman pigmentasi amat menakutkan.. dan atasi ketakutan anda dengan mengambil ESP kerana  ESP mencegah dan membaiki pigmentasi.


To be continued.. 

huhu. anak bangun dah! jadi terpaksalah akan disambung kemudian.

Sementara tu, jika berminat untuk mendapatkan ESP shaklee, WhatsApp jak saya 0128246245 untuk penghantaran segera. Penghantaran saya ke seluruh Malaysia!!

Selamat berhujung minggu :-)

Saturday, September 27, 2014

Set Kurus Shaklee Tidak Berkesan

Set kurus shaklee mungkin berbeza dengan set kurus jenama lain. tapi bagi saya, set kurus shaklee lebih lengkap dengan 3 prinsip mudah

BAKAR => Bakar lemak dengan LECITHIN atau OMEGA

BUANG => Detoks atau buang toksin/lemak dengan ALFAFA atau HERBLAX

BINA => Bina kesihatan menyeluruh dengan pengambilan VITALEA dan ESP

Rasanya tidak perlulah saya hurai dengan lebih lanjut tentang set kurus ini kerana saya pasti banyak blog yang menceritakan tentang set kurus shaklee. 

Cuma soalan yang kerap ditanya adalah, Benarkan Set Kurus Shaklee Tidak Berkesan?? Atau... sejauhmana berkesannya set kurus ini? Pun saya tidak terfikir untuk menceritakan pengalaman sendiri. Cukup sekadar saya kongsikan testimoni set kurus yang saya pinjam dari beberapa blog. Kredit saya tujukan kepada pemilik blog tersebut :


1. Testimoni Set Kurus Shaklee 1 : Kredit pemilik Photo  http://www.freevitamin.my



2. Testimoni Set Kurus 2 : Kredit pemilik Photo cikjatt.blogspot.com


3. Testimoni Set Kurus 3 : Kredit pemilik Photo sweetmomsvit.blogspot.com


4. Testimoni Set Kurus 4 : Kredit pemilik photo seenicecare.blogspot.com


5. Testimoni Set Kurus 5 : Kredit pemilik photo diaryofmuhammad.com



Ok.. cukup setakat 5 dulu yang saya kongsikan. Biar gambar berbicara, benarkah set kurus shaklee tidak berkesan.

Bagi anda yang ingin mencuba sendiri, boleh dapatkan Set Kurus Shaklee yang  fofular dan kebabom pada harga mampu milik.. Alfafa, Lecithin, dan ESP dapatkannya di sini, atau boleh hubungi saya seperti berikut :

WhatsApp : 0128246245
FB : www.facebook.com/UjyeRohimin
Email : ujye82@gmail.com







Monday, May 19, 2014

Cerita Berpantang : Jamu Vs Vitamin SHAKLEE

Alhamdulillah, Akhirnya setelah sekian lama menanti, Allah kurniakan saya anak perempuan.

Ketika saya mengandung, saya tidak terlalu rasa perbezaan dengan kandungan sebelum ini. Sebab kesemuanya saya lalui dengan aktiviti yang padat dan lasak. Dan Allah mengurniakan saya kesihatan yang baik sepanjang tempoh mengandung.

Cuma yang benar-benar agak berbeza adalah, selepas melahirkan baby, saya rasa sangat cergas, sihat, riang, ceria dan berseri. Tidak taulah jika aura anak perempuan menyebabkan semangat saya lain macam sehingga tercetus imej yang positif dari dalam diri saya. Tapi saya percaya, selain dari aura tersebut, faktor pemakanan juga menyumbang keadaan ini.

3 kandungan sebelum ini, saya mengambil jamu ketika berpantang. Tidak perlulah saya nyatakan jenis jamu yang saya makan. Pada kandungan pertama, saya Cuma sihat sepenuhnya selepas melepasi minggu ketiga. Ketika minggu pertama, saya masih ingat, arwah mak saya menyuruh saya memakai gincu untuk cover muka saya yang terlalu pucat selepas melahirkan anak.

Kandungan kedua, saya mula makan jamu ketika masih berada di hospital. Saya ikut saranan pada pek jamu tersebut iaitu, masukkan teh ke dalam air suam, dan campurkan madu untuk memulihkan tenaga sejurus selepas bersalin.  Akibatnya, baby saya mengalami jaundice yang teruk. Berpanjangan pulak tu. Huhu. Saya tidak berapa ingat berapa lama saya recover daripada ‘sakit’ selepas bersalin, Cuma yang saya ingat, bermula daripada anak kedua, saya mengalami kesakitan pada bahagian rahim, terutamanya ketika menyusukan baby. Orang cakap, darah beku. Tuhan dan mereka-mereka yang pernah mengalami sahaja tahu betapa seksanya menanggung kesakitan tu.

Kandungan ketiga, saya masih makan jamu yang sama ketika berpantang anak kedua. Tapi kali ini, saya bijak sikit. Saya hanya mengambil jamu tersebut selepas baby disahkan tidak lagi jaundice. Akibatnya.. badan agak lemah, dan sakit pada rahim menjadi-jadi terutama ketika menyusukan anak.
Oh ya, saya tidak pasti jika makanan saya menjadi penyebab, atau saya yang tidak tahu jaga yang menyebabkan darah nifas saya agak lambat kering selepas kelahiran  ketiga-tiga putera saya.


Untuk kandungan yang keempat ni,saya agak teruja untuk berkongsi. Saya rasa, dan semua orang yang berjumpa dengan saya cakap, saya Nampak sihat, ceria, segar, dan seolah-olah bukan orang yang baru bersalin. Orang cakap tu bukannya cakap seminggu selepas saya melahirkan baby. Orang cakap, selepas beberapa jam saya melahirkan. Syukur Alhamdulillah. Untuk kandungan yang keempat, saya mengambil set pregnan SHAKLEE sejak awal kandungan, sehinggalah saya melahirkan. Dan bersambung pula ketika berpantang.

ESP, Vitalea, Bcomplex, Vitamin C, dan Ostematrix. Suplemen yang jarang saya lupakan setiap hari. Dan hasilnya :


  • Kulit baby sangat gebu. Berbeza dengan putera-putera saya yang lahir gelap dan kusam, seperti warna Nescafe yang saya minum sepanjang mengandung. Untuk makluman semua, sepanjang mengandung baby yang ke4 ni pun, saya tidak pernah tinggal Nescafe. Almaklumlah.. sudah ketagih huhu.
  • Badan sihat, cergas, muka berseri
  • Jahitan pada luka bersalin cepat sembuh (dalam tempoh satu minggu sudah tidak terasa sakit)
  • Kurang stress
  • Masih bertenaga pada waktu siang walaupun terpaksa bangun malam untuk menyusukan baby atau temankan baby berjaga
  • Tiada kesakitan “darah beku” yang saya alami seperti berpantang anak kedua dan ketiga
  • Darah nifas berhenti ketika genap 2 minggu selepas bersalin
  • Oh ya.. untuk kandungan yang ini juga, jaundice baby tidak seteruk baby saya yang lain. Ketika mula cek, kadar SB 140. Dan hari berikutnya, turun kepada 130. Doktor suruh cek selang 2 hari selepas itu. Masa ni saya agak cuai, saya consume ZINC. Kan memang sudah sedia maklum, dalam ZINC ada serbuk alfafa. Dan akibatnya temujanji berikutnya, bacaan SB baby naik mendadak 222. Nasib baiklah ada mentor yang ingatkan saya untuk berhenti makan zinc. Alhamdulillah, 2 hari selepas itu, cek SB baby, turun mendadak kepada 90. Saya percaya, amalan minum ESP+MADU dan minum minyak zaitun setiap pagi ketika mengandung membantu meminimakan jaundice baby. Mungkin jika dimulakan sejak awal kandungan, baby langsung tidak ada jaundice. Tapi saya hanya mulakan amalan tersebt ketika usia kandungan masuk 35 minggu. Kredit juga kepada Muslim Cottage yang telah berkongsi petua mengelakkan jaundice dalam bukunya yang bertajuk Mudahnya Berpantang.  Dari dia saya tahu tentang  petua elak jaundice tu iaitu minum madu n minyak zaitun. Cuma saya modified sikit, tambahkan ESP.
  • Susu badan ‘cepat ada’. Tentunya sedia maklumkan, agak sukar menyusukan baby pada awal kelahiran sebab tiada susu. Tapi dengan pengambilan ESP, susu saya mula penuh pada hari ke3 selepas bersalin. Alhamdulillah.. rezeki Allah.
Insyaallah.. selepas ini, saya akan berEksperimen dengan set kurus pula. Memang kandungan pada kali ini saya agak bambam. Mungkin kesan pengambilan vitamin yang menyebabkan saya sentiasa berselera makan, atau.. mungkin juga disebabkan suami saya yang suka sangat belanja makan di tempat-tempat yang menyediakan banyak makanan sedap, berlemak, dan mengandungi kalori yang tinggi sepanjang mengandung, atau kedua-duanya sekali.. Nantikan perkongsian saya nanti. (untuk rekod, berat ketika mengandung 66KG, berat sekarang 59kg).

Untuk mendapatkan set Mengandung, Berpantang dan Breastfeeding Shaklee, atau ingin mendapatkan nasihat suplemen yang sesuai untuk anda hubungi saya melalui :

SMS : Taipkan SHAKLEE SUPLEMENT dan hantarkan ke 0128246245, saya akan hubungi anda.
WHATSAPP : 0128246245
Email : Ujye82@gmail.com
FB : www.facebook.com/UjyeRohimin