Sunday, September 15, 2013

Prosante Shaklee, Produk Penjagaan Rambut Yang Selamat dan Berkesan Memperbaiki Rambut

Beberapa hari lepas, saya dapat info menarik melalui WhatsApp.. Ianya berkenaan produk-produk di rumah kita yang menjadi penyebab BARAH atau CANCER. Antara yang dikongsikan dalam info tersebut :

“Dalam kebanyakan jenama SHAMPOO yang kita gunakan, terdapat bahan kimia yang dikenali sebagai Sodium Laureth Sulfate atau ringkasnya SLES. Bahan ini menyebabkan barah dalam jangka masa yang panjang dan ia bukannya jenaka. Meskipun pertanyaan telahpun dibuat terhadap syarikat ini dan jawapan dari mereka ialah : ‘Ya kami memang tahu masalah itu tetapi kami tidak boleh melakukan apa-apa kerana kami memerlukan bahan yang mengeluarkan buih yang banyak’ ”.

Sedikit sebanyak mungkin saja info ini menggusarkan kita. Namun ini sesuatu yang menggembirakan kerana, produk penjagaan rambut PROSANTE Dari SHAKLEE tidak mengandungi Natrium Lauryl Sulfat (SLS) Ataupun Natrium Laureth Sulfat (SLES). Prosante Shaklee juga :
Tidak mengandungi Cocamide DEA atau Lauramide DEA
Selamat untuk semua jenis rambut, walaupun diwarna atau dirawat dengan bahan kimia
Keseimbangan pH
Tiada Propilen Glikol
Tiada Quaternium 15
Tiada bahan pengawet “Penderma Formaldehyde” (seperti Imidazolidinyl Urea atau Diazolidinyl Urea)
Tiada warna dan bahan pewarna
Tidak mengeringkan dan tidak menanggalkan
Diuji oleh dermatologi
Diuji secara klinikal
Tidak menyebabkan folikel rambut tersumbat
Tidak diuji ke atas haiwan


Kajian Klinikal Prosante Shaklee menunjukkan, produk ini
Membantu memperbaiki dengan ketara penampilan rambut yang rosaak dengan ketara dalam masa hanya 30 hari dan menggalakkan penambahbaikan dengan penggunaan berterusan
Mampu mengurangkan kehilangan rambut ketika bersikat sehingga 65%
Mengurangkan jumlah rambut rosak dan bercabang sehingga 73%
Meningkatkan ketebalan rambut, dimana 61% subjek ujian mengalami rambut yang jelas kelihatan tebal
Rambut berVolum : 55% pengguna menyatakan peningkatan yang ketara dalam jumlah rambut mereka


Senarai Produk Penjagaan Rambut Prosante Shaklee :
Lightweight Conditioner
Long Lasting Finshing Spray
Nourishing Scalp Treatment
Pruifying Shampoo
Replenishing Conditioner
Revitalizing Shampoo


Bagaimana mendapatkan Set Penjagaan Rambut Prosante :
Pesan saja dari saya, Pengedar Sah Shaklee Anda :
Bujiah BT Hj ROhimin
 SID 950003
Email : Ujye82@gmail.com
Sms/WhatsApp : 0128246245

Thursday, August 29, 2013

Shaklee, Sembelit dan Buasir

Hari ni saya terpanggil untuk menulis tentang produk shaklee yang berkaitan dengan sembelit dan buasir. Since ramai betul yang mengalami masalah ni, maka eloklah kita bagi tumpuan.

Biasanya kalau ada HerbLax, kita akan cadang Herblax. tapi malang.. mengimpikan Herblax umpama mengimpikan emas naik hingga ke para RM200/gm. Memang tidak mustahil tapi penantian hingga mencecah harga itu masih agak jauh.

Selalunya, di SHAKLEE jika pelanggan mengalami sembelit, kita cadangkan pengambilan Ostematrix. Produk Shaklee yang mengandungi Khasiat seperti berikut :

Supplement Facts Serving Size: 4 Caplets Servings per Container: 30
Ingredients
Amt Per Serving
Units
%Daily Value
Total Carbohydrate
<1
g
<1%**
Vitamin D3 (as cholecalciferol)
400
IU
100%
Vitamin K (as phytonadione)
40
mcg
50%
Calcium (as calcium carbonate, calcium citrate and calcium citrate malate)
1,000
mg
100%
Magnesium (as magnesium oxide, magnesium citrate and magnesium gluconate)
400
mg
100%
Zinc (as zinc gluconate)
1.5
mg
10%
Copper (as copper gluconate)
0.2
mg
10%
Manganese (as manganese gluconate)
0.2
mg
10%
Sodium
5
mg
<1%
Boron (as trace mineral protein hydrolysate)
3
mg
*

** Percent Daily Values (DV) are based on a 2,000 calorie diet. * Daily Value not established

Dan ada pula yang bertanya.. apa kaitan Kalsium dengan Sembelit?
Sebenarnya.. Kalsium membantu pergerakan otot yang lebih lancar. Dan antara punca sembelit adalah otot pada abdomen menjadi kendur menyebabkan tekanan dalam abdomen menjadi rendah daripada biasa. Keadaan ini boleh dibantu dengan pengambilan kalsium.

Ostematrix juga mengandungi Magnesium yang membantu melembutkan najis, sekaligus memudahkan pembuangan.

Zinc membantu menyembuhkan luka, bagi mereka yang mengalami buasir. 
...

Tuesday, August 06, 2013

Mengapa Perlu Vitamin II : Do We Need Vitamin And Mineral Supplements


THE ANSWER is YES
  • Vitamins and minerals are very important in maintaining basic function of various biological reactions in your body
  • You need vitamins and minerals because your food are highly processed.
  • & also your foods are not getting from the soil 
  • You probably are not eating variety enaugh to increase your chances of getting various vitamins and minerals

Jom Sertai Keluarga SHAKLEE

Saya sebenarnya tidak lah minat sangat dengan apa juga perniagaan berbentuk MLM. Tapi selepas merasai sendiri kebaikan SHAKLEE, saya tiba-tiba berminat menjadi sebahagian daripada keluarga SHAKLEE. Dan daripada sekadar minat, tiba-tiba saya begitu bersemangat berniaga SHAKLEE. Sebab saya gembira bila ramai customer memberikan feedback positif terhadap produk vitamin SHAKLEE. Saya tambah gembira bila perkongsian saya kepada kawan-kawan membuahkan hasil. Duit Bonus yang saya terima setiap bulan, amat saya syukuri. Bukan sahaja membantu meringankan beban kewangan, tapi membolehkan saya memberikan lebih banyak duit raya kepada anak-anak buah saya tahun ni. Insyaallah, matlamat saya, ingin mengikut jejak leader saya yang kini mampu membayar zakat sehingga 5 Angka.


Jika anda juga seperti saya, jom sertai kami di SHAKLEE. caranya mudah saja... Cuma daftar dan gunakan produknya, kumpul points.
FAQ tentang menjadi ahli Shaklee:
Bagaimana nak mendaftar sebagai ahli/pengedar Shaklee
Anda boleh mendaftar dengan menbuat pembayaran untuk registration fee, ataupun membuat pembelian melebihi 200 points (dalam lingkungan RM670 Semenanjung & RM850 Sabah/Sarawak) untuk mendapat keahlian percuma.
Anda cuma perlu menghubungi saya (saya akan uruskan urusan pendaftaran) atau pergi sendiri ke branch Shaklee dan mendaftar menggunakan ID saya 950003 sebagai sponsor.

Yuran keahlian Shaklee

Pendaftaran ialah RM65 (sekiranya anda pergi sendiri ke branch untuk ambil member kit) dan tambahan RM10 untuk pos member kit sekiranya anda mahu kit tersebut dipos kepada anda, atau dihantar melalui saya. 

Maintain point dan keahlian

Sekiranya cuma nak makan sendiri, tak perlu maintain points, melainkan anda mahu memulakan perniagaan dengan Shaklee, anda perlu dapatkan points tertentu dan maintain points tertentu. Tapi kalau cuma makan sendiri, share dengan saudara-mara, tak perlu risau nak maintain2 atau minimum purchase

Wajib membuat pembelian setiap bulan untuk maintain keahlian?

Tak perlu.

Apa yang diperlukan sekiranya saya nak daftar sendiri di branch?

Anda perlukan sponsor iaitu ahli berdaftar dengan Shaklee. Sila gunakan ID saya 950003 sekiranya anda berhasrat untuk bersama2 dengan saya (satu hari nanti ke) dalam bisnes Shaklee trial pack.

Apa nak buat jika saya dah daftar dengan orang lain tapi nak join bisnes Shaklee trial pack?

Anda boleh tukar upline dengan register semula. Anda perlu membuat pembayaran untuk menjadi ahli seperti mula2 mendaftar (step paling atas tadi). Anda boleh menggunakan ID saya sebagai sponsor anda, 950003.

Apa kelebihan jadi ahli Shaklee

Anda dapat membuat pembelian dengah harga ahli. Setiap pembelian, anda akan diberi points yang ditukar kepada cash setiap bulan.
Dengan menjadi ahli di bawah saya (menggunakan ID saya 950003 sebagai sponsor), anda boleh memulakan perniagaan Shaklee anda sendiri di bawah bimbingan team kami.
Saya mengucapkan selamat datang kepada ahli2 Shaklee yang baru mendaftar di bawah naungan Pollux. Sekiranya anda berminat untuk menjadi ahli, boleh terus hubungi saya di Ujye82[@]gmail.com untuk maklumat lanjut.

Tuesday, July 30, 2013

ENFUSELLE : Purifying Cleansing Gel


Gel berbusa bertindak dengan lembut untuk menyingkirkan bahan pencemaran, mekap dan minyak berlebihan.
  • Bahan-bahan khas serta tambahan Vitamin E menjadikan kulit terasa segar dan lembut
  • Mencerahkan tona kulit
  • pH yang seimbang
  • Hipoalergenik

pm saya di facebook.com/UjyeRohimin || SMS or WhatsApp 0128246245 untuk mendapatkan harga terbaekkk

Ensfuselle : Hydrating Cleansing Lotion

Enfuselle

Emulsi berkrim ini bertindak menanggalkan kotoran, bahan pencemaran dan mekap tanpa menjejaskan lapisan minyak semulajadi kulit.
  • Emolien yang kaya serta tambahan Vitamin E menjadikan kulit halus, seimbang dan berseri
  • Mencerahkan tona kulit
  • pH yang seimbang
  • Hipoalergenik


pm saya di facebook.com/UjyeRohimin || SMS or WhatsApp 0128246245 untuk mendapatkan harga terbaekkk

Friday, July 26, 2013

Ini cerita tentang CAROTOMAX.. yang saya alami sendiri

Assalamualaikum..
Alhamdulillah.. siang tadi sekali lagi saya ke klinik pakar HQE. temujanji berkaitan mata. Sebelum ni saya Re: Optic Neuritis. Dimana saraf mata saya mengalami pembengkakan yang menyebabkan gangguan pada penglihatan. Saya pernah disuntik steroid, 12 dos untuk redakan bengkak tersebut. dan selepas 12 dos habis, saraf mata masih bengkak, saya disuruh pula 'menelan' 10 biji steroid sekaligus setiap hari selama 11 hari berturut-turut untuk meredakan bengkak pada saraf mata. Hasilnya, doktor cakap kesan steroid terrrlalu sedikit. bengkak masih ada, penglihatan masih terganggu. Doktor arahkan stop makan steroid (memandangkan steroid memberi kesan buruk jika di ambil terlalu lama) dan beri tempoh 3 bulan untuk biarkan bengkak itu surut sendiri.
Saya sebenarnya bukanlah jenis manusia yang tunggu dan lihat. dalam tempoh 3 bulan, saya memang banyak berusaha. bukan sahaja saya jaga pemakanan, terpaksa pakai spek hitam ke sana sini untuk melindungi mata saya daripada silau matahari dan cahaya terang. Tidak ketinggalan juga saya dapatkan rawatan islam dan melakukan terapi zikir. Ada perbezaannya, bertambah baik. tapi gangguan penglihatan dan silau masih lagi mengganggu saya. Dan keadaan ini menyukarkan kerana saya bekerja megadap komputer pada setiap masa.
..
dipendekkan cerita, kawan saya pernah ajak join SHAKLEE sejak oktober 2012. saya berminat, dan sudah pun pre-register tapi hati saya tetap berat untuk join sebab saya tidak tahu pun tentang produk SHAKLEE. Tapi bila seorang kakak ipar saya kongsikan kebaikan produk Carotomax yang menyembuhkan mata anak buah saya, saya bulat kan hati.. Ini kalilah. saya call kawan, dan ok. proceed registration dan saya lakukan pembelian CAROTOMax, Nutriferon, dan Zinc. Saya tambah lagi dengan Omega. 4 produk ini yang saya makan secara istiqamah sambil masih meneruskaan pengharapan kpd Allah SWT untuk memulihkan mata saya.
..
Selepas sebulan, yakni siang tadi, saya kembali menjalani beberapa ujian optik. Syukur ya Allah, Doktor sahkan mata saya pulih sepenuhnya. Bukan sahaja bengkak surut, silau mata saya sembuh.
..
terima kasih kpd orang2 yang banyak membantu saya menghadapi ujian ni, terima kasih kepada kawan dan kakak ipar saya yang berkongsi kebaikan produk shaklee, dan syukur tidak terhingga kepada Allah SWT yang mempermudahkan ujian-Nya buat saya.

::sory, luahan hati ni mungkin agak over. Tapi kesengsaaraan menerima kesan steroid buat saya benar2 trauma penyakit ni::


~~Vitamin dan Makanan Kesihatan Shaklee bukan bertujuan mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Perkongsian ini juga bukan berniat untuk mempengaruhi dan meyakinkan siapa-siapa bahawa produk shaklee memang terbaik. sebab mungkin kesan produk berbeza bagi setiap individu~~



Tuesday, July 16, 2013

Info Nutrisi : Kelebihan dan Kekurangan Nutrisi

Assalamualaikum semua. Saya sayangkan anda. Diharap kamu sayangkan saya juga. I Love You, You Love me, kata orang putih.
Selalu kita disogokkan dengan kebaikan produk Shaklee yang sememangnya Hebat, Semulajadi, Halal dan Diakui Berkesan. Apa kata hari ini, sempena 7 Ramadhan 1434H, saya kongsikan sedikit mengenai Nutrisi. Insyaallah, saya akan terus membaca dan mendapatkan info-info nutrisi yang lebih banyak agar lebih banyak yang saya boleh kongsi. Kalau kamu juga ada perkongsian mengenai nutrisi, jangan segan, jangan malu, kongsi di blog atau fb, dan invite saya untuk baca J.

Nutrisi
Kelebihan
Kekurangan
Catatan
Karbohidrat
Gula dalam darah meningkat
Diabetis
Obesiti
Penyakit Jantung
Penyakit Kardiovaskular
Hipertensi
Malnutrisi
Kurus
Lemah
Tidak ada tenaga
Gangguan metabolisme otak


Protein
Gangguan pada ginjal
Beban kerja hati
Mudah sakit
Gangguan metabolisme tubuh

Lemak
Obesiti
Kolestrol tinggi
Penyempitan pembuluh darah
Kekurangan vitamin yang larut lemak A, D, E, K
Penurunan daya tahan tubuh
Kurang tenaga

Mineral
Tompokan zat besi akibat gangguan kerja organ, diarhea , talasemia
Penurunan konsentrasi dan IQ
Mudah sakit
Hilang selera makan

Vitamin A
Suplemen yang mengandungi berlebihan vitamin A, D, E, K akan menyebabkan timbunan lemak dalam badan.

Kelebihan vitamin A yang keterlaluan menyebabkan penyakit jiwa.


Kekurangan vitamin A dan E mengurangkan sperma
Vitamin A, C dan E antioksidan kuat yang dapat melindungi sperma daripada radikal bebas.

Vitamin A diperlukan untuk membentuk hormone seks yang berkait dengan produksi sperma.
Vitamin B
Menyebabkan mual
Dos melebih 2,000mg sehari akan mengakibatkan kerosakan otak

Sangat penting untuk aktiviti enzim dan metabolisme.
Vitamin ini membantu dalam produksi testosterone.
Vitamin B6 boleh di perolehi daripada pisang, telur, madu dan gandum.
Vitamin B Kompleks mudah larut dalam air.
Vitamin C
Vitamin C yang berlebihan akan dibuang melalui air kencing.
Jika berlebihan akan menyebabkan kontraksi usus lebih terangsang dan akan menyebabkan cirit birit

Antioksidan yang sangat hebat. Boleh diperolehi daripada yogurt, strawbery, bayam, sayur-sayuran hijau, tomato, brokoli dsb.
Vitamin D
Merosakkan ginjal dan hati.


Vitamin E
Meningkatkan tekanan darah
Lelaki yang kekurangan Vitamin E akan kurang ghairah seksual
Berperanan membentuk hormone seks.

Menurut FDA, keperluan vitamin E seseorang adalah 30Iu sehari



Jika anda memerlukan konsultansi percuma berkenaan vitamin dan makanan kesihatan Shaklee, hubungi saya melalui facebook.com/UjyeRohimin; SMS/WeChat/WhatsApp 0128246245

Wednesday, July 10, 2013

Mengapa Perlu Vitamin?

Y
Saya sangat liat makan ubat, vitamin, pil, dan apa jua yang perlu Istiqamah. Termasuk dalam kategori liat, memakai produk2 penjagaan kulit. Liat, malas dan lupa. Kakak ipar saya pernah share dengan saya suatu waktu dahulu, kita wanita yang bekerja, perlu makan suplemen atau popular dipanggil vitamin. Sebab kita sentiasa sibuk, dan jarang mengambil makanan yang berkhasiat. Semuanya segera, dan main tunjuk (p restoran or gerai).
Satu hari, seorang kawan tanya saya, samada saya mahu beli vitamin yang dia beli sebab ada offer istimewa d guardian. Kami lalu berborak tentang suplemen. Saya minat mendengar tapi hati tidak terfikir untuk membeli.
Dan satu ketika yang lain, kebetulan saya dan kak B bukan nama sebenar tersentuh tentang vitamin a.k.a suplemen ketika kami sama2 berborak d tandas. Kak B ni, kalau tengok muka dan kesihatan tubuh, tidak padan dengan umur dia yang sebenar. Nampak muda n sihat n bertenaga n sentiasa ceria. Serius cakap, kalau dia jalan dengan anak2 dia, seolah2 adik beradik. Siapa yang kerja satu opis dengan saya, memang tau lah macamana perwatakan n penampilan kak B.
Kak B share dengan saya, dia mengamalkan pengambilan suplemen sejak berumur 20an. Menurut kak B, jika sekiranya kita ambik suplemen ketika umur masih muda, badan masih sihat dan kuat, suplemen tersebut akan jadi simpanan sehingga diperlukan oleh badan kita ketika berumur nanti. Tapi jika kita mula mengambil suplemen ketika kita berumur, suplemen yang kita ambil hanya cukup pada hari kita mengambilnya. Tiada simpanan untuk hari esok, malah kadang tidak cukup.
Sebenarnya, dalam penerangan kak B, ada kisah selingan tentang nurse yang tersangka dia masih muda ketika datang buat pemeriksaan tulang. Tapi saya bukanlah pencerita yang baik. Tadi saya cuba ceritakan kisah tu, tapi bila saya baca balik, macam terover skema pulak. Padamlah balik. Mungkin,hari lain, ada masa dan ketika saya ceritakan kisah kak B bukan nama sebenar yang sentiasa kelihatan muda tu (kak B klu baca blog saya ni, haruslah belanja saya k.. Bukan alang2 saya puji ni, ikhlas dan d laman web lagi tu).
Dari sana sebenarnya saya dapat kekuatan untuk belajar istiqamah makan suplemen.
 
... Bersambung d part II...
Oh ya, jangan lupa, kalau perlu konsultansi tentang pengambilan suplemen, add saya d fb, www.facebook.com/ujyerohimin, atau contact saya sms/ watsap 0128246245.
 

 

Tuesday, July 02, 2013

Promosi Bulan Julai : GLA Complex Shaklee

Alhamdulillah.



Promosi Bulan ini adalah GLA Complex, yang dirumus daripada Borage Seed, Blackcurrant dan EPO. Ini sudah tentu suatu yang menggembirakan buat penggemar suplemen semulajadi Shaklee. Manakan tidak, lihat sahaja manfaat dan kebaikan GLA :


  • GLA daripada Borage Seed yang merupakan herba tradisi menjadi kegemaran orang Barat. Ianya merawat Ulser, mengeluarkan virus, melegakan kelesuan, membersihkan kahak, meringankan kebas urat saraf, dan meningkatkan stamina;
  • GLA membentuk prostaglandin untuk mengawal selia hormon lelaki dan perempuan, memperbaiki simptom PMS seperti kesakitan, mood swing dan sakit payudara (GLA BUKAN HANYA UNTUK PEREMPUAN!!!!);
  • GLA melambatkan Menoupouse dan melambatkan penuaan;
  • GLA membaiki masalah prostat lelaki dan mengatasi masalah kerap kencing;
  • GLA menentang Kanser. ianya antioksidan yang meningkatkan sistem imun;
  • Ianya juga membaiki Inflamasi kulit, Eczemam, Alergi, Kegatalan, Kulit Kering dan lain-lain lagi..
  • GLA juga menghalang Komplikasi Diabetis..ianya merendahkan kandungan gula dalam darah, meringkan kan kebas dan kesakitan disebabkan gula dalam darah yang tinggi
  • GLA juga menghalang tekanan darah tinggi, memperbaiki tekstur rambut, pelangsingan dan menghalang tambah berat badan..
Tunggu apa lagi.. dapatkan GLA pada harga Istimewa di bulan Julai ini.


Segera PM saya di facebook : www.facebook.com/Ujye82

ATAU SMS/WhatsApp : 0128246245
Kami melakukan penghantaran ke Seluruh Malaysia/Singapura dan Brunei :-)

Monday, June 24, 2013

Sibuknya Jadi Pengedar Shaklee..

Tajuk tu bukan rungutan. Itu adalah rumusan selepas beberapa hari menjadi pengedar SHAKLEE. Saya sebenarnya belum habis belajar pun tentang shaklee. Tapi once saya update status di wall fb saya, berturut-turut PM untuk bertanyakan mengenai produk shaklee. Ada yang masih baru, dan ada yang memang pengguna produk shaklee sebelum ini. Masing-masing mengakui kebaikan vitamin shaklee.

Bagi saya, fenomena ini masih baru. Dan saya tidak pernah menjangka inilah sambutan yang saya akan dapat selepas menjadi pengedar shaklee. Alhamdulillah. Walaupun sedikit terlewat (sebenarnya banyak terlewat) saya belum terlambat. Dulu, kawan saya pernah ajak bersaama-sama memulakan perniagaan ini, tapi saya jual mahal. 2, 3 kali dia offer sebenarnya. Tapi serius cakap. saya jenis orang yang kalau tidak berminat, memang tidak akan mencuba. Tapi sila berhati-hati kalau kemahuan dan keinginan sudah terpatri dlam hati saya. Apa bentuk halangan pun saya akan hadapi untuk mendapatkannya. Dan ini yang saya rasa sekarang. Semoga semangat ini bukanlah cetusan perasaan riak dan bukan pula sekadar hangat-hangat tahi ayam. 


Berbalik kepada tajuk di atas. Kenapa saya cakap sibuk? Sebab shaklee punya ramai pengguna. Kebanyakan yang PM saya, adalah pengguna kali kedua, ketiga malah ada yang memang pengguna tegar shaklee sejak dulu. ups.. terulang entri rangkap saatu. Anggap sajalah ini penegasan. Diorang tidak berminat menjadi pengedar, tapi sentiasa mencari produk shaklee, selepas merasai sendiri kesan pengambilan suplemen shaklee. Dan Alhamdulillah, Tuhan berikan saya rezeki. Dengan pembelian diorang ni lah UV saya bertambah.

Sebenarnya, mau juga saya tanya kepada pelanggan-pelanggan saya, kenapa tidak mahu jadi pengedar? Kan jadi pengedar banyak kelebihan, kalaupun tidak target bonus ribuan ringgit, sekurang-kurangnya kita dapat pulangan tunai bagi setiap ringgit yang kita laburkan. Contoh bagi saya sendiri, nilai UV yang saya perolehi daripada produk yang saya dan keluarga gunakan, bersamaan dengan RM50. Fuiyyoo.. banyak tu. Memang banyak bagi orang yang mata duitan macam saya. Kalau kita beli vitamin di kedai ubat atau farmasi, rasanya kita tidak akan dapat pulangan tunai kan? nampak untung di sini. N lagi.. sebagai pengedar, kita dapat harga yang lebih murah. Off course lah, kalau beli dengan saya.. banyak juga diskaun yang saya bagi, n saya pasti pengedar lain pun bagi diskaun, tapi, rasanya puas lagi jika kita nikmati sendiri harga member tu kan. kalau kesempitan, iklan d FB, jual dgn retail price.. dapat sudah untung :-).


.. 
..
Ok lah, x mau cakap banyak, just mau share iklan rasmi saya di FB
Adakah anda tergolong seperti ini:
- Ingin Mencari Duit Lebih Untuk HARI RAYA?
- SURIRUMAH yg ingin membantu suami?
- PELAJAR yg ingin mendapat duit sampingan?
- PENGANGGUR yg ingin mencari wang?
- Keinginan utk merubah diri anda yg KESEMPITAN wang?
- KERJA tetapi duit hanya cukup-cukup makan sahaja?

BERUBAH SEKARANG!!!!! JOM JOIN KAMI DALAM GROUP JUTAWAN SHAKLEE. Panduan dan bimbingan PERCUMA sehingga Berjaya.

AMARAN: Ini bukan program duduk diam dapat duit atau skim cepat kaya!
 Nampak tu.. Bukan Skim Cepat Kaya. Shaklee adalah.. kalau rajin, percaya pada diri, berusaha, berdoa dan tawakal, pasti ada habuan menanti anda di hadapan.

Assalamualaikum

pst.. Mimpi saya malam ini adalah bertemakan Sihat, Menawan dan Berinspirasi.


Kesimpulan daripada RUMUSAN ini adalah, jika anda jadi pengedar shaklee, sebenarnya mudah.. sebab dengan produk yang berkualiti, bukan anda yang datang kepada pembeli, pembeli yang akan datang kepada anda.

Kalau tadi tema mimpi.. nah, sy share background mimpi saya malam ni. Assalamualaikum sekali lagi.




Friday, June 21, 2013

Ucapkan Syukur Alhamdulillah

Alhamdulillah. "Nikmat Tuhan Mana Lagi Yang Kamu Dustakan.." Sedikit petikan daripada surah AlRahman. Ayat yang diulang-ulang, tanda penegasan dan pertanyaan Allah SWT kepada kita, kenapa kita tidak bersyukur dengan nikmat yang tiada hentinya yang Allah kurniakan. Demikian yang saya faham. takat pemahaman seorang suri rumah yang duduk di ceruk dapur, boleh lah.

Hari ketiga saya berkecimpung dalam perniagaan shaklee. dan hari ketiga saya melakukan jualan dgn gaya yang cemerlang. Target 2 produk terjual setiap hari sudah saya capai seawal 9.00 pagi. Syukur ya Allah. Nampaknya dengan kutipan UV setakat tiga hari, saya yakin dalam tempoh sehingga hujung bulan ini, saya boleh melakukan penajaan. Menaja dan membimbing seorang lagi usahawan yang ingin memulakan perniagaan secara online. Saya tekankan secara online kerana, target saya membantu golongan para ibu seperti saya untuk menjana pendapatan yang berlipat kali ganda walaupun hanya duduk dirumah, melakukan rutin seharian, menjaga anak, menghantar anak ke sekolah, menyediakan makanan, mencuci pakaian.. dan semuanya.


"Saya tidak tahu..". kata seorang kawan. "Adakah mau beli?" tanya yang lain pula. Itu adalah reaksi biasa yang saya dengar apabila saya kata.. perniagaan online. Saya jawab, selama ini.. saya menjual, adakah saya keluar rumah,  pergi tamu, atau ketuk pintu ke pintu? Tidak. Selama ini saya hanya melakukan perniagaan online. Bangun di kala anak-anak telah tidur, membuka laptop , dan mula menerawang ke alam siber. Mencari sesuatu yang saya boleh tukarkan kepada pendaptan. Off course, main game tetap ON. Itu habit yang sukar dibuang. Main Candy Crush. huhu. Ada siapa yang berminat mau join? bertukar2 nyawa.. agar boleh main candy crush sama-sama dgn nyawa yang tiada habisnya? Hahaha.. hambek. penangan candy crush, sampai kawan pun call minta saya jawab request dengan segera, sebab dia kehabisan nyawa Candy Crush. Apa-apalah. Bagi saya.. tiada salahnya main game, asal saja kita tetap berpegang, kita hamba Allah, kita khalifah yang dipertanggungjawabkan dengan seribu satu macam amanah. seboleh mungkin kita laksanakan, agar kelak kita tidak mati kutu bila berdepan dengan Malaikat, apabila kita mati.


Hurmm.. sambung balik tentang perniagaan online. Saya malas ulang-ulang, tapi sebab perniagaan online adalah minat dan kecenderungan saya, saya tetap tekankan kepada kawan-kawan yang bertanya.. Perniagaan online menguntungkan. Pasaran kita luas. Dan percayalah, jika kita berusaha, produk yang kita bawa bagus, bernilai untuk setiap sen yang kita laburkan, seterusnya kita tawakal kepada Allah, kenapa takut? Kan makna tawakal adalah berserah kepada Allah. Insyaallah, penyerahan dan pergantungan sepenuhnya kepada Allah tidak akan memberikan kita kecewa. Andai target kita tidak tercapai sekalipun, pasti kita tidak akan kecewa sebab kita tau pasti ada hikmah kenapa Allah belum memberikan apa yang kita mahu.


Terangsang kah dengan kata-kata di atas? Alhamdulillah, jika ya. Saya memang berminat untuk memotivasikan insan-insan di sekeliling saya, dengan harapan apabila mereka bermotivasi, saya juga terkena tempias. Kan kita orang islam selalu disogokkan dengan fakta, bergerak dalam jemaah lebih banyak kelebihan berbanding bergerak seorang diri. Penerangannya mudah. Andaikan saya seorang yang bermotivasi berkumpul bersama 10 orang yang tidak bermotivasi dan selalu nampak jalan mati, tidak mustahil saya akan bersama mereka. menemui jalan mati. Tapi andainya saya bergaul bersama mereka yang bermiotivasi, Insyaallah motivasi saya juga akan meningkat, sebagaimana mereka.


fuhh cukup setakat ini, kerja seterusnya menghantar anak ke sekolah harus saya laksanakan. Itu juga amanah. tiada gaji dr husbn yang mengamanahkan kerja ini kepada saya, tapi saya percaya, Allah sentiasa melihat apa yang saya lakukan. Biarlah dia saja yang menilai tindak tanduk saya. :-)


Jika anda ingin berExperien menjual secara online, ketandusan modal dan idea, apa kata join saya, jadi member Shaklee,d an menjual lah. Untungnya berniaga dengan Shaklee, ramai orang tau kebaikannya. Dan untungnya menjadi pengedar shaklee, bonus lumayan bagi mereka yang berkeinginan, berusaha, dan bertawakal.


Sms 0128246245 atau add saya d fb www.facebook.com/UjyeRohimin atau, weChat jer, ID saya Ujye82. Kita berbicara tentang shaklee, tentang produk dan bisnes nya yang menguntungkan. Atau jika anda ingin melakukan pembelian, tapi bukan member, dan inginkan produk shaklee pada harga member, boleh.. beli jer dengan ID Shaklee Saya ID950003 (Bujiah Bt HJ Rohimin).


Salam kekayaan dan kejayaan dunia akhirat :-)

Friday, June 14, 2013

Jersi Bola Sepak Malaysia Original!!!!


Dapatkan JERSI BOLA SEPAK MALAYSIA YANG ORIGINAL, dengan harga terbaikkkk punyerrr. Klik Jersi Original untuk mendapatkan koleksi terhangat di pasaran :-)


Monday, April 01, 2013

Doa Dari Hati


Bismillahhirrahmanirrahim.. dengan menyebut nama Allah yang Maha Berkuasa Ke Atas Alam Semesta, bahawa dengan susungguhnya luahan hati ini aku lakukan semata-mata kerana Allah, dan Dia jualah yang mengetahui apa yang tersirat dalam hati..
Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui, dan tiada satu pun yang berlaku diluar ilmu Mu
Ya Allah, aku tertekan dengan kehidupanku, semuanya stress dan tidak mampu ku urus, aku bimbang dengan rezeki ku, kerana banyak yang aku perolehi dengan cara duduk di pejabat pada setiap waktu, dan ada diantara amanah yang tidak ku lakukan, dan sesungguhnya terlalu banyak peralatan dan masa pejabat yang aku lakukan untuk kepentingan diriku sendiri,
Kerana itu Ya Allah, Aku mohon dan meminta kepadaMu, dengan segenap permohonan dan seikhlas hatiku, tunjukkanlah aku pekerjaan dan mata pencarian yang boleh membantu ekonomi rumahtanggaku, yang bersesuaian dengan bakatku, yang menghindarkan aku daripada melakukan perkara-perkara dosa termasuklah lalai, pecah amanah dan mendapat rezeki yang haram dan tiada berkat. Kurniakanlah aku rezeki yang tiada putusnya, dengan limpahan yang penuh barakah, agar aku dapat membesarkan mental fizikal emosional dan spiritual anak-anakku dengan rezeki yang halal,
Ya Allah.. aku memohon punca pendapatan yang memberikan aku masa mendidik dan menjaga anak-anakku tanpa tekanan dan penderaan emosi, aku merayu punca pendapatan yang membolehkan aku berbakti dan membantu golongan orang-orang yang tidak berkemampuan, tunjukkanlah aku punca pendapatan yang mendekatkan aku kepadaMu, dan memberi aku masa untuk belajar dan menimba ilmu agama, serta menjauhkan aku daripada stress melampau yang menjejaskan hubunganku dengan anak-anakku, suami ku dan masyarakat di sekelilingku.
Ya Allah ya Tuhanku, kepadaMu aku mengharap, bantulah aku dan ahli keluarga ku terutamanya suamiku untuk keluar dari lingkungan dosa-dosa riba, bantu kami melunaskan hutang piutang, dan permudahkanlah ianya kepada kami.
Ya Allah.. tiada Tuhan melainkan Engkau, yang memegang ubun-ubun setiap hambaMu di muka bumi ini, kepada Mu aku mengharap, kepadaMu aku mohon pertolongan. Berikan aku jiwa dan minat yang mendalam serta usaha yang bersungguh-sungguh untuk merealisasikan apa jua pekerjaan dan usaha yang Engkau takdirkan buatku, permudahkanlah ianya bagiku dan limpahkan keredhaan Mu kepadaku  dan ahli keluargaku di dalamnya.. hilangkan lah dukacita dan stress dalam setiap perkara yang telah engkau tentukan buatku, dan jauhkan lah aku dari sifat orang-orang yang kikir, malas, zalim, ujub, riak dan melampaui batas erta sifat-sifat mazmumah yang lain.
Amin ya Rabbil Alamin

Saturday, March 23, 2013

NutriFeron


Dicipta oleh pakar imun, Dr. Yasuhiko Kojima
Satu-satunya suplemen yang dicipta oleh pakar imun - Dr. Yasuhiko Kojima. 

Lebih daripada 40 Tahun Penyelidikan

Dr. Kojima berjaya mencipta NutriferonTM selepas beberapa kali menjalankan ujikaji dan penilaian terhadap beribu-ribu sebatian dan lebih daripada 200 herba lain.  

NutriferonTM mengandungi satu campuran proprietari ekstrak tumbuhan semulajadi yang berasal daripada biji labu, benih plantago, kuntuman bunga Japanese Honeysuckle dan bunga safflower.  Boleh didapati secara eksklusif melalui Shaklee.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.