Wednesday, July 10, 2013

Mengapa Perlu Vitamin?

Y
Saya sangat liat makan ubat, vitamin, pil, dan apa jua yang perlu Istiqamah. Termasuk dalam kategori liat, memakai produk2 penjagaan kulit. Liat, malas dan lupa. Kakak ipar saya pernah share dengan saya suatu waktu dahulu, kita wanita yang bekerja, perlu makan suplemen atau popular dipanggil vitamin. Sebab kita sentiasa sibuk, dan jarang mengambil makanan yang berkhasiat. Semuanya segera, dan main tunjuk (p restoran or gerai).
Satu hari, seorang kawan tanya saya, samada saya mahu beli vitamin yang dia beli sebab ada offer istimewa d guardian. Kami lalu berborak tentang suplemen. Saya minat mendengar tapi hati tidak terfikir untuk membeli.
Dan satu ketika yang lain, kebetulan saya dan kak B bukan nama sebenar tersentuh tentang vitamin a.k.a suplemen ketika kami sama2 berborak d tandas. Kak B ni, kalau tengok muka dan kesihatan tubuh, tidak padan dengan umur dia yang sebenar. Nampak muda n sihat n bertenaga n sentiasa ceria. Serius cakap, kalau dia jalan dengan anak2 dia, seolah2 adik beradik. Siapa yang kerja satu opis dengan saya, memang tau lah macamana perwatakan n penampilan kak B.
Kak B share dengan saya, dia mengamalkan pengambilan suplemen sejak berumur 20an. Menurut kak B, jika sekiranya kita ambik suplemen ketika umur masih muda, badan masih sihat dan kuat, suplemen tersebut akan jadi simpanan sehingga diperlukan oleh badan kita ketika berumur nanti. Tapi jika kita mula mengambil suplemen ketika kita berumur, suplemen yang kita ambil hanya cukup pada hari kita mengambilnya. Tiada simpanan untuk hari esok, malah kadang tidak cukup.
Sebenarnya, dalam penerangan kak B, ada kisah selingan tentang nurse yang tersangka dia masih muda ketika datang buat pemeriksaan tulang. Tapi saya bukanlah pencerita yang baik. Tadi saya cuba ceritakan kisah tu, tapi bila saya baca balik, macam terover skema pulak. Padamlah balik. Mungkin,hari lain, ada masa dan ketika saya ceritakan kisah kak B bukan nama sebenar yang sentiasa kelihatan muda tu (kak B klu baca blog saya ni, haruslah belanja saya k.. Bukan alang2 saya puji ni, ikhlas dan d laman web lagi tu).
Dari sana sebenarnya saya dapat kekuatan untuk belajar istiqamah makan suplemen.
 
... Bersambung d part II...
Oh ya, jangan lupa, kalau perlu konsultansi tentang pengambilan suplemen, add saya d fb, www.facebook.com/ujyerohimin, atau contact saya sms/ watsap 0128246245.