Friday, July 26, 2013

Ini cerita tentang CAROTOMAX.. yang saya alami sendiri

Assalamualaikum..
Alhamdulillah.. siang tadi sekali lagi saya ke klinik pakar HQE. temujanji berkaitan mata. Sebelum ni saya Re: Optic Neuritis. Dimana saraf mata saya mengalami pembengkakan yang menyebabkan gangguan pada penglihatan. Saya pernah disuntik steroid, 12 dos untuk redakan bengkak tersebut. dan selepas 12 dos habis, saraf mata masih bengkak, saya disuruh pula 'menelan' 10 biji steroid sekaligus setiap hari selama 11 hari berturut-turut untuk meredakan bengkak pada saraf mata. Hasilnya, doktor cakap kesan steroid terrrlalu sedikit. bengkak masih ada, penglihatan masih terganggu. Doktor arahkan stop makan steroid (memandangkan steroid memberi kesan buruk jika di ambil terlalu lama) dan beri tempoh 3 bulan untuk biarkan bengkak itu surut sendiri.
Saya sebenarnya bukanlah jenis manusia yang tunggu dan lihat. dalam tempoh 3 bulan, saya memang banyak berusaha. bukan sahaja saya jaga pemakanan, terpaksa pakai spek hitam ke sana sini untuk melindungi mata saya daripada silau matahari dan cahaya terang. Tidak ketinggalan juga saya dapatkan rawatan islam dan melakukan terapi zikir. Ada perbezaannya, bertambah baik. tapi gangguan penglihatan dan silau masih lagi mengganggu saya. Dan keadaan ini menyukarkan kerana saya bekerja megadap komputer pada setiap masa.
..
dipendekkan cerita, kawan saya pernah ajak join SHAKLEE sejak oktober 2012. saya berminat, dan sudah pun pre-register tapi hati saya tetap berat untuk join sebab saya tidak tahu pun tentang produk SHAKLEE. Tapi bila seorang kakak ipar saya kongsikan kebaikan produk Carotomax yang menyembuhkan mata anak buah saya, saya bulat kan hati.. Ini kalilah. saya call kawan, dan ok. proceed registration dan saya lakukan pembelian CAROTOMax, Nutriferon, dan Zinc. Saya tambah lagi dengan Omega. 4 produk ini yang saya makan secara istiqamah sambil masih meneruskaan pengharapan kpd Allah SWT untuk memulihkan mata saya.
..
Selepas sebulan, yakni siang tadi, saya kembali menjalani beberapa ujian optik. Syukur ya Allah, Doktor sahkan mata saya pulih sepenuhnya. Bukan sahaja bengkak surut, silau mata saya sembuh.
..
terima kasih kpd orang2 yang banyak membantu saya menghadapi ujian ni, terima kasih kepada kawan dan kakak ipar saya yang berkongsi kebaikan produk shaklee, dan syukur tidak terhingga kepada Allah SWT yang mempermudahkan ujian-Nya buat saya.

::sory, luahan hati ni mungkin agak over. Tapi kesengsaaraan menerima kesan steroid buat saya benar2 trauma penyakit ni::


~~Vitamin dan Makanan Kesihatan Shaklee bukan bertujuan mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Perkongsian ini juga bukan berniat untuk mempengaruhi dan meyakinkan siapa-siapa bahawa produk shaklee memang terbaik. sebab mungkin kesan produk berbeza bagi setiap individu~~