Monday, April 01, 2013

Doa Dari Hati


Bismillahhirrahmanirrahim.. dengan menyebut nama Allah yang Maha Berkuasa Ke Atas Alam Semesta, bahawa dengan susungguhnya luahan hati ini aku lakukan semata-mata kerana Allah, dan Dia jualah yang mengetahui apa yang tersirat dalam hati..
Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui, dan tiada satu pun yang berlaku diluar ilmu Mu
Ya Allah, aku tertekan dengan kehidupanku, semuanya stress dan tidak mampu ku urus, aku bimbang dengan rezeki ku, kerana banyak yang aku perolehi dengan cara duduk di pejabat pada setiap waktu, dan ada diantara amanah yang tidak ku lakukan, dan sesungguhnya terlalu banyak peralatan dan masa pejabat yang aku lakukan untuk kepentingan diriku sendiri,
Kerana itu Ya Allah, Aku mohon dan meminta kepadaMu, dengan segenap permohonan dan seikhlas hatiku, tunjukkanlah aku pekerjaan dan mata pencarian yang boleh membantu ekonomi rumahtanggaku, yang bersesuaian dengan bakatku, yang menghindarkan aku daripada melakukan perkara-perkara dosa termasuklah lalai, pecah amanah dan mendapat rezeki yang haram dan tiada berkat. Kurniakanlah aku rezeki yang tiada putusnya, dengan limpahan yang penuh barakah, agar aku dapat membesarkan mental fizikal emosional dan spiritual anak-anakku dengan rezeki yang halal,
Ya Allah.. aku memohon punca pendapatan yang memberikan aku masa mendidik dan menjaga anak-anakku tanpa tekanan dan penderaan emosi, aku merayu punca pendapatan yang membolehkan aku berbakti dan membantu golongan orang-orang yang tidak berkemampuan, tunjukkanlah aku punca pendapatan yang mendekatkan aku kepadaMu, dan memberi aku masa untuk belajar dan menimba ilmu agama, serta menjauhkan aku daripada stress melampau yang menjejaskan hubunganku dengan anak-anakku, suami ku dan masyarakat di sekelilingku.
Ya Allah ya Tuhanku, kepadaMu aku mengharap, bantulah aku dan ahli keluarga ku terutamanya suamiku untuk keluar dari lingkungan dosa-dosa riba, bantu kami melunaskan hutang piutang, dan permudahkanlah ianya kepada kami.
Ya Allah.. tiada Tuhan melainkan Engkau, yang memegang ubun-ubun setiap hambaMu di muka bumi ini, kepada Mu aku mengharap, kepadaMu aku mohon pertolongan. Berikan aku jiwa dan minat yang mendalam serta usaha yang bersungguh-sungguh untuk merealisasikan apa jua pekerjaan dan usaha yang Engkau takdirkan buatku, permudahkanlah ianya bagiku dan limpahkan keredhaan Mu kepadaku  dan ahli keluargaku di dalamnya.. hilangkan lah dukacita dan stress dalam setiap perkara yang telah engkau tentukan buatku, dan jauhkan lah aku dari sifat orang-orang yang kikir, malas, zalim, ujub, riak dan melampaui batas erta sifat-sifat mazmumah yang lain.
Amin ya Rabbil Alamin

Saturday, March 23, 2013

NutriFeron


Dicipta oleh pakar imun, Dr. Yasuhiko Kojima
Satu-satunya suplemen yang dicipta oleh pakar imun - Dr. Yasuhiko Kojima. 

Lebih daripada 40 Tahun Penyelidikan

Dr. Kojima berjaya mencipta NutriferonTM selepas beberapa kali menjalankan ujikaji dan penilaian terhadap beribu-ribu sebatian dan lebih daripada 200 herba lain.  

NutriferonTM mengandungi satu campuran proprietari ekstrak tumbuhan semulajadi yang berasal daripada biji labu, benih plantago, kuntuman bunga Japanese Honeysuckle dan bunga safflower.  Boleh didapati secara eksklusif melalui Shaklee.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Peppermint-Ginger Plus

Nyaman dan Melegakan

Halia merupakan herba terbaik dalam memelihara saluran penghadaman dan mempunyai ciri-ciri semulajadi yang nyaman dan dapat melegakan senak perut. Pudina pula merupakan herba yang membantu dalam menggalakkan sistem penghadaman secara sihat dengan melegakan dan menyamankan perut. 

Shaklee peppermint Ginger Plus mengandungi herba asli pudina, halia, jintan hitam dan jintan manis untuk rasa yang nyaman dan melegakan. Pil-pil juga boleh dihancurkan dan dicampur dengan air panas untuk minuman herba semulajadi.

Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan. 

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Herba Lax


Herb-LaxTM Shaklee didatangkan dengan kombinasi herba yang telah digunakan secara tradisional untuk melegakan sembelit dan meningkatkan proses pencernaan secara lawas.*

Bagi menangani kesulitan membuang air besar, Herb-LaxTMyang lembut boleh membantu.

Produk ini mengandungi alfalfa (Medicago sativa).  Individu yang menghidap lupus eritematosus sistemik perlu meminta khidmat rundingan pakar sebelum mengambil produk ini.

Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan. 

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Garlic



Allisin adalah sebatian yang berasal daripada bawang putih dan berfungsi untuk banyak tindakan yang berfaedah.  Allisin tidak terdapat di dalam bawang putih biasa sebaliknya ia dihasilkan apabila bawang putih tersebut dipotong halus atau dihancurkan.  Bawang putih secara tradisinya digunakan untuk melegakan batuk, selsema dan membantu peredaran darah yang baik. *

Setiap tablet Garlic Shaklee mengandungi 500mg bawang putih.  

Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan. 

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegahsebarang penyakit.

Omega Guard



Asid Dokosaheksanoik (DHA) dan  Asid Eikosapentanoik (EPA) merupakan asid lemak 3 yang ditemui dalam ikan laut dalam. DHA dan EPA dipercayai mampu mengurangkan keradangan, menggalakkan fungsi otak, sistem saraf dan fungsi mata yang perlu diperolehi melalui pemakanan.

Shaklee OmegaGuardTM merupakan makanan tambahan yang mengandungi minyak ikan.  Satu hidangan OmegaGuardTMmenyediakan 1000mg asid lemak omega 3  termasuk DHA dan EPA.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Advanced Joint Health Tablet


Menyokong Kesihatan Sendi Berpanjangan

Shaklee Advanced Joint Health Tablet ialah satu formulasi proprietari yang menampilkan kombinasi bahan-bahan yang amat berkesan, yang dapat menyokong pergerakan, kelenturan sendi dan fungsi sendi yang sihat. Ia dihasilkan dari ramuan aktif yang bertindak dengan pantas bagi menyokong makanan kesihatan yang diperlukan oleh sendisendi. 

Shaklee Advanced Joint Health Tablet mengandungi ekstrak unique Boswellia aktif dengan paten tertunda, ekstrak Jagung dan nutrien penting lain termasuk Zink, Tembaga, Mangan dan Vitamin C untuk membantu meningkatkan keselesaan sendi dan pergerakan. Dengan menggunakan tumbuhan dan bahan-bahan berasaskan mineral, Shaklee Advanced Joint Health Tablet ialah formula sayur-sayuran 100%.