Monday, September 22, 2014

Breastfeeding ~ How to boost Let Down

Assalamualaikum

Hari yang panas di opis saya. Centralized air cond x cukup sejuk untuk menyejukkan suasana.
Ok. Lupakan.

Mungkin ramai yang sudah tau kan, SHAKLEE ada menyediakan cadangan suplemen yang boleh diambil oleh para ibu yang menyusukan bayi. Cadangan Suplemen tersebut adalah : 



  • Vitalea 
  • BComplex
  • Sustained Release Vitamin C
  • ESP
  • Alfafa
Banyak juga SID yang sudah berkongsi kebaikan bagi setiap suplemen di atas dalam membantu penyusuan susu ibu.

Ok.. pendekkan cerita, hari ni saya cuma berkongsi artikel mengenai Penyusuan Susu Ibu (Breastfeeding). Ibu-ibu yang menyusukan anak, silakan baca.. dan moga perkongsian ini membantu kita menjayakan penyusuan susu ibu.

Dan jangan lupa juga, jika anda memerlukan Suplemen Shaklee yang membantu penyusuan susu badan, segera dapatkan secara online disini

atau  boleh hubungi saya melalui WhatsApp / sms 0128246245.

Saya juga bersedia menjadi rakan sokongan penyusuan susu ibu anda :-)



-----------------------------------------------------------------------------------------Breast-feeding - Let Down Reflex http://www.childrenshealthnetwork.org )-----------------------------------------------------------------------------------------


Breast-Feeding: Let-Down Reflex 



What is the let-down reflex?

When you breast-feed, your baby's sucking triggers nerves in your nipples. These nerves carry a message to your brain, and a hormone called oxytocin is released. Oxytocin flows through your bloodstream to your breasts, where it causes tiny muscles to start the flow of milk. When this happens it’s called the let-down reflex or milk ejection reflex.
Once your let-down is working well (usually by 2 weeks after you give birth), you may feel a pins-and-needles or tingling sensation in your breasts when you nurse or pump. Milk usually will drip from one breast while you are feeding on the other side. Sometimes your let-down will start when you hear your baby cry or when you think about nursing your baby. When your let-down reflex is working well, your baby easily gets milk and your breasts drain well.

What causes a poor let-down reflex?

Several things may keep your let-down reflex from working well.
  • You are stressed, anxious, or tense. For example, you may have sore nipples or be trying to pump breast milk during a short break at work.
  • You may be separated from your baby. For example, your premature baby is still in the hospital.
  • You may have had previous breast surgery, such as breast reduction or enlargement surgery, that damaged the normal nerve pathways to the nipple. You smoke. Cigarette smoking interferes with the let-down reflex.

How can I improve my milk flow?

To help trigger your let-down reflex and improve milk flow:
  • Try to nurse or pump in a place that is familiar, comfortable, and restful.
  • Drink water or herbal tea whenever you sit down to nurse or pump.
  • Play soft music or do relaxation exercises before you nurse or pump.
  • Gently massage your breasts before you nurse or pump.
  • Have your partner give you a backrub before you nurse or pump.
  • Put a warm washcloth or heating pad on your breasts, or take a warm shower before you nurse or pump.
  • If you are pumping because you are separated from your baby, put a photograph of your baby by the pump.

What is an overactive let-down reflex?

Some mothers have a forceful let-down that causes too much milk to flow out of the breast too quickly. You may have sharp, shooting pain, and your baby may gulp, cough and sputter while feeding. This happens most often within the first month of breastfeeding. To decrease your milk flow:
  • Nurse your baby on just one breast per feeding to decrease the amount of milk your breasts make.
  • Do not stimulate your breasts by pumping them or taking long hot showers.
  • Put cool cloths on your breasts for 15 to 30 minutes between feedings.
To help your baby deal with forceful let-down:
  • Hold your baby upright, with his bottom much lower than his head. Support him in this position while he nurses.
  • Lie back and place your baby’s tummy on your tummy. This laid-back nursing position lets gravity slow down the flow of milk.
  • Burp your baby often if he swallows a lot of air.
  • Nurse your baby when he is relaxed and sleepy. His more gentle sucking will keep your milk from flowing so fast.
  • You can wait until let-down starts, take your baby off your breast, and let some milk collect in a towel or diaper before continuing to feed your baby.
  • You can hand express or pump your breasts when your breasts first let down to relieve the pressure, and then put your baby on your breast.

Wednesday, September 03, 2014

Kandungan Kolagen Shaklee (Shaklee Collagen)

Ramai WhatsApp saya pagi ni. Alhamdulillah. Semuanya ingin tahu kandungan dalam Kolagen Shaklee yang sedang promosi Beli 1 Percuma 1 sepanjang bulan September.

Ok, check it out baebae :-)

1. RSS Collagen dari sisik ikan merah 

2. Ekstrak Kerang-kerangan

3. Elastin dari kolagen ikan

4. Lactobasilus Acidophilus

5. Ekstrak Pfaffia

6. Ekstrak biji benih Camellia Japonica

7. Vitamin C 

8. Vitamin B


Ops.. Esok jak saya sambung update yer sayam-sayam semua. Banyak kerja nak kejo

Btw, Beli Sekarang untuk mendapatkan Collagen Shaklee 


Gambar Hiasan : Cantik dan sihat secara semulajadi

Thursday, July 10, 2014

Phytocol ST Shaklee : Katakan TIDAK Pada Kolestrol (Cholesterol)

Dianggarkan bahawa satu daripada tiga orang dewasa di Malaysia mempunyai paras kolesterol yang tinggi. Kandungan kolesterol (cholesterol) yang tinggi dalam darah menyumbang kepada masalah kesihatan yang serius dimana ia boleh dihidapi oleh sesiapa sahaja tanpa mengira usia, dan dalam jangkamasa panjang ini akan memberikan impak negitif terhadap kesihatan jantung dan fungsi kardiovaskular. Tetapi apa yang lebih membimbangkan kita sekarang dimana ramai individu yang masih tidak menyedari bahawa paras kolesterol mereka terlalu tinggi!!

Apa Itu Kolestrol (cholesterol)?

Kolesterol (cholesterol) merupakan bahan lemak yang terdapat dalam saluran darah dan kesemua sel-sel badan. Ia merupakan komponen tubuh yang penting untuk pembentukan sel membrane, hormone, hempedu dan tisu-tisu lain dalam tubuh.

Dua sumber utama kolesterol (cholesterol)

Kolesterol (cholesterol) dihasilkan secara semulajadi oleh hati anda tetapi ia juga boleh diperolehi dari makanan harian anda. Kolesterol yang anda makan akan meningkatkan paras kolesterol (cholesterol) darah anda. Kandungan kolesterol (cholesterol) darah yang terlalu tinggi akan meningkatkan risiko penyakit jantung dan angin ahmar (stroke).

Bagaimana Kolesterol (cholesterol) Boleh Menyebabkan Penyakit Jantung??

Terdapat dua jenis kolesterol utama dalam darah anda:
  • LDL  (Lipoprotein ketumpatan rendah )
  • HDL (Lipoprotein ketumpatan tingi )

LDL  dikenali sebagai kolesterol (cholesterol) “jahat” kerana paras kolesterol (cholesterol) LDL yang terlalu tinggi dalam darah boleh membentuk sejenis bahan melekit (Plak) dalam saluran darah anda. Plak ini akan menyumbatkan saluran darah dan menyekat aliran darah, seperti yang berlaku semasa serangan jantung atau angin ahmar.

Sebaliknya, kolesterol HDL dikenali sebagai kolesterol “baik” kerana ia membantu mengangkut kolesterol dari salur darah balik ke hati untuk disingkirkan. Dalam erti kata lain, HDL berperanan membersihkan saluran darah.

Oleh yang demikian, untuk melindungi diri daripada penyakit kardiovaskular, anda hendaklah mengekalkan paras kolesterol (cholesterol) HDL yang tinggi dan paras kolesterol (cholesterol) LDL yang rendah.

Awas!! Penyakit-Penyakit Utama Akibat Kolesterol  (cholesterol) Tinggi

Jika Anda mempunyai tinggi kolesterol (cholesterol):

  • Risiko serangan jantung meningkat sebanyak 15.6%
  • Risiko angin ahmar meningkat sebanyak 11%
  • Risiko yang lebih tinggi untuk tekanan darah tinggi, penyakit hati seperti hati berlemak, dan masalah ketidakseimbangan hormone yang akan menjejaskan fungsi seksual.

Apakah Penyebab Utama Tinggi Kolesterol (cholesterol)??

Makanan Malaysia yang tinggi lemak serta kalori adalah di antara punca terjadinya masalah tinggi kolesterol (cholesterol). Persatuan jantung Amerika mengesyorkan pengambilan kolesterol (cholesterol) tidak melebihi 300mg sehari. Bagi mereka yang menghidapi penyakit jantung hendaklah menghadkan pengambilan kolesterol (cholesterol) kurang daripada 200mg sehari.

Walaupun begitu, cuba bayangkan anda sedang mengambil menu harian Malaysia seperti ini :

  • Sarapan (2 keping Roti Canai) = 350mg
  • Makan tengah hari (Nasi Lemak) = 213mg
  • Makan malam (Char Kway Teow) = 235mg

Anda pasti tidak menyangka bahawa anda telah mengambil sebanyak 798mg Kolesterol!! Itu adalah hampir tiga kali ganda lebih dari pengambilan harian yang disyorkan!

Bertindak Hari Ini : Ikuti Petua Ini Untuk Merendahkan Paras Kolesterol (cholesterol) Darah Anda Secara Semulajadi

  • Amalkan Pemakanan Seimbang, rendah lemak tepu dan tinggi serat larut.
  • Lakukan senaman lebih kerap
  • Turunkan berat badan
  • Institut kesihatan kebangsaan Amerika (NIH) mengesyorkan penambahan fitosterol kedalam diet harian anda bagi menurunkan paras kolesterol (cholesterol) secara semulajadi.


Atasi Masalah Kolesterol Anda Secara Semulajadi Dengan FITOSTEROL.

Apa Itu Fitosterol (phytosterols)??

Fitosterol (phytosterols) ( dirujuk sebagai sterol dan sterol tumbuhan ) wujud secara semulajadi dalam kandungan yang sedikit dalam sumber makanan seperti buah-buahan, sayur-sayuran, kekacang, biji-bijian, legume, bijiran dan minyak sayuran. Lebih dari 80 kajian klinikal telah diterbitkan di dalam penerbitan saintifik melaporkan keberkesanan dan keselamatan fitosterol (phytosterols).

Jadi, Bagaimanakah Fitosterol (phytosterols) Berkesan??

Struktur fitosterol (phytosterols) adalah hamper sama seperti kolesterol (cholesterol), dan dengan pengambilan fitosterol (phytosterols), ia akan bersaing dengan kolesterol (cholesterol) untuk tapak penyerapan dalam system penghadaman. Hasilnya, penyerapan kolesterol (cholesterol) dihalang dan ia akan disingkirkan keluar bersama-sama fitosterol (phytosterols). Ini bermaksud, apabila anda mengambil lebih banyak fitosterol (phytosterols) maka semakin kurang kolesterol (cholesterol) yang dapat diserap oleh tubuh dan semakin tinggi peluang untuk anda menurunkan paras kolesterol (cholesterol) LDL.

Berapa Banyak Fitosterol (phytosterols) Yang Anda Perlukan??

Institut Kesihatan Kebangsaan Amerika (NIH) mengesyorkan pengambilan 2,000mg fitosterol (phytosterols) dalam diet harian anda untuk membantu menurunkan paras kolesterol (cholesterol) secara semulajadi.

Sumber Fitosterol (phytosterols)

Untuk memperolehi 2,000mg Fitosterol (phytosterols) pertimbangkan dahulu makanan yang anda ambil :

1. Phytocol ST Shaklee yang membekalkan 2,000mg fitosterol (phytosterols) tumbuhan sehari; 




atau


2. 200 biji lobak merah; 



atau

3. 70 keping roti gandum; 

atau

4. 425 biji tomato.

Pilihan ditangan anda!


ORDER ONLINE SEKARANG Untuk mendapatkan Phytocol ST Shaklee, atau

SMS/WhatsApp 0128246245 untuk konsultasi percuma tentang Phytocol ST Shaklee dan produk-produk shaklee yang lain








Sunday, July 06, 2014

Dilema Ibu Berkerjaya, Breastfeeding Atau Susu Formula


BreastFeeding?

Bekerja?
Pam Susu?
Susu Merundum???
Anak x suka menyusu d botol susu?
Meragam bila disuap dengan sudu??

Dilema orang yang bekerja. samada meneruskan breastfeeding atau bertukar kepada susu formula.
Bagi saya, selepas mendalami 'ilmu' breastfeeding, saya memilih untuk menyusukan anak saya dengan susu ibu. sekurang-kurangnya untuk 6 bulan pertama secara ekslusif.
Ianya lebih selamat, mudah dan murah. Dan andainya saya dapat beritahu semua ibu, penyusuan susu ibu adalah sangat indah, sangat manis dan ianya adalah saat-saat yang paling dirindui setelah anak kita kian membesar.
Saya mula menyusukan anak secara ekslusif sejak anak yang kedua. saya tidak nafikan, ketika anak pertama bukannya saya tidak mahu menyusukan anak, tapi saya kurang ilmu, dan saya mengalami tekanan yang sangat hebat apabila ibu saya meninggal dunia ketika anak saya berusia 3 bulan. Tanpa suami disisi, ibu pun sudah tiada, menyebabkan saya hilang pedoman buat seketika. Dan pada ketika itu, saya memberikan susu formula kepada anak saya.

Lupakan itu. 

Cabaran utama yang dihadapi oleh ibu-ibu yang bekerja adalah, stok susu tidak mencukupi, tidak mempunyai peralatan yang cukup untuk menyokong penyusuan susu ibu, tiada sokongan dari keluarga dan orang sekeliling, susu merundum dan banyak lagi..

1. Stok Tidak Mencukupi

Bagi mengatasi masalah ini, sepatutnya seorang ibu yang bekerja mula menyimpan stok ketika bulan kedua cuti bersalin. pada masa ini, jadual tidur bayi biasanya sudah 'stabil'. Tidak lagi bangun pada waktu malam. Adapun, mungkin hanya sekali. 
Ambil kesempatan untuk mengepam susu pada waktu bayi tidur pada waktu malam. bagi saya sendiri, sesi 'pumping' adalah pada pukul 3 pagi. Pada waktu ini biasanya susu sudah full, dan membolehkan kita memperolehi sekurang-kurangnya 100-120ml susu, atau lebih.
Lakukan setiap malam. 
Bayangkan jika kita mula menyimpan stok sejak bulan kedua cuti bersalin, apabila mula bekerja kita sudah mempunyai simpanan sebanyak 60 botol susu. Jika mengikut pengalaman saya, amaun itu sudah lebih dari mencukupi untuk bekalan anak anda. Amaun itu pasti akan bertambah sebab ketika keluar bekerja, lebih banyak sesi pumping yang boleh anda lakukan.

2. Peralatan Tidak Mencukupi.

Sepatutnya pada masa kini, tiada lagi masalah peralatan tidak mencukupi. ada banyak set pam susu yang dijual dipasaran yang boleh kita perolehi dengan harga yang berpatutan. Boleh dibeli secara online, mahupun offline. secara tunai, mahupun Kutu.

Sebelum ini saya sendiri menggunakan jenama AVENT untuk membantu penyusuan susu ibu. Bagi saya, saya berpuas hati dengan kesemua produk Avent yang pernah saya pakai. Walaupun harga agak mahal, tapi kualitinya dijamin. Saya menggunakan Avent untuk 2 orang anak saya, Ayee dan Lu'lu. Saya gunakan set yang sama. Pada masa ni, mencari kedai yang menjual part Avent bukanlah susah. Ada di store Anakku, Parkson dan store online.
Untuk penyusuan kali ni, saya bertukar jenama. Autumz. Sebenarnya niat dihati mau beli Medela. Tapi disebabkan terlalu banyak komitmen lain yang memerlukan RM, saya memilih Autumz yang jauh lebih murah. Lagipun saya google testimoni diinternet, ramai yang puas hati dengan jenama Autumz. bagi saya sendiri, jika prestasi Autumz tidak bagus, saya masih ada pam susu Avent 'antik' yang boleh saya gunakan sebagai alternatif.
Saya cuma ingin kongsikan, jika berminat dengan jenama Autumz, boleh lah beli Set Pakej Rakyat yang ada dijual di Baby Dreamland, Metro Town. Pakej Rakyat ni cuma berharga RM634. Bukan sahaja pam susu, Sterilizer, warmer, storage bag, storage bottle, cooler bag, ice pack..semua ada. Nursing bra pun termasuk dalam pakej ni hihi.. Kalau tidak mahu set pun, boleh beli pam susu sahaja. Tapi bagi saya sendiri dengan membeli dalam bentuk pakej, lagi berbaloi. kita boleh dapat penjimatan sehingga rm200++. 
Setakat ni saya berpuas hati dengan Autumz.

3. Tiada Sokongan Dari Keluarga atau Orang Terdekat

Ibu yang mengambil keputusan untuk menyusukan anak sepenuhnya, perlu berkongsi ilmu dengan orang yang paling rapat iaitu suami atau ibu bapa. Banyak ilmu yang boleh diperolehi daripada blog, forum sokongan susu ibu dan brochure yang boleh diperolehi daripada klinik kesihatan ibu dan anak. dalami ilmu tu, dan kongsi dengan keluarga.
Antara 'ilmu' paling minima yang boleh kita kongsikan adalah :

  • susu yang sudah dibekukan, x boleh dikeluarkan dari peti sejuk jika tidak digunakan serta merta. 
  • susu yang dibekukan bukan ice cream, jadi jangan sekali2 makan
  • stress boleh mengakibatkan pengurangan susu ibu. jadi kurangkan stress dirumah. kalau boleh layan ibu menyusukan anak seperti permaisuri hahaha.
dan macam2 lagi.

5. Pengeluaran Susu Merundum

Ada pendapat dikalangan ibu-ibu yang menyusukan dan pakar2 penyusuan susu ibu mengatakan, susu akan sentiasa mencukupi dengan konsep Demand & Supply. Saya setuju dan tidak setuju. 
Saya setuju sebab, memang benar, selagi anak kita menyusu susu ibu (demand) dan selagi kita mahu memberikan susu ibu(supply), selagi itulah susu kita tidak akan kering, sentiasa ada dan cukup untuk anak kita.
Saya tidak setuju sebab, berdasarkan pengalaman saya, ada ketikanya susu boleh merundum akibat penat, sakit, stress, dan macam-macam masalah yang tidak dirancang. Saya pernah alami ketika anak kedua, dimana pada masa itu suami saya berkursus 6 bulan di Kuching sebaik sahaja saya tamat berpantang. Bermula dari itu, segala urusan keluarga saya kendalikan. dan ada masanya bila terlalu penat, saya tidak melakukan sesi pumping pada waktu malam. Dan bila saya skip satu sesi pada waktu malam, saya perasan kuantiti susu akan berkurang pada malam berikutnya. bila berlaku berulang2, sampai satu tahap saya 'terpaksa' mengambil ubat dari klinik untuk 'membanyakkan' susu. (hihi.. maafkan bahasa melayu saya).

Untuk kali ini, sebab saya sendiri sudah merasa suplemen Shaklee, saya 'rekemen'kan kepada siapa-siapa yang menyusukan baby mengambil set ini.


  1. Vitalea dalam membekalkan multivitamin yang diperlukan oleh badan. badan sihat, susu badan berkualiti, pengeluaran tidak terganggu.
  2. Bcomplex terkenal sebagai vitamin Anti Stress. fikiran lapang, tiada stress membantu susu badan 'sentiasa ada'.
  3. Vitamin C antioksidan, meningkatkan sistem pertahanan badan. disamping bagus utk ibu, baby juga dapat kesan
  4. Alfafa dan ESP, Milk Booster yang terkenal. Susu akan jadi lebih banyak, lebih pekat dan baby cepat kenyang. Ada ibu yang berkongsi kerisauan dengan saya, katanya.. ESP bukan sahaja menyebabkan ibu kenyang dalam tempoh yang lama, baby pun sama sehingga tidak mahu menyusu bila diberi. komen saya, selagi pertambahan berat bayi tidak terganggu, baby sihat, sepatutnya perkara tu tidak menjadi kerisauan. Saya percaya, baby tetap akan menangis bila perlukan susu. jadi jangan paksa dan susah hati bila baby tidak mahu menyusu akibat 'dipaksa'. Jika takut susu merundum sebah baby jarang menyusu, buat sesi pumping bila terasa susu penuh dan baby masih belum mahu menyusu. 
  5. Ostematrix bukan sekadar kalsium. Ianya juga membantu mengatasi masalah insomnia dan mengelakkan pening kepala ketika bangun pada waktu malam

Selain suplemen, jaga pemakanan untuk memastikan susu ibu mencukupi. Tidak perlulah diet sangat. Biar badan montok, asalkan anak cukup susu. satu artikel di baby center mencadangkan, 'aktiviti menguruskan badan' seeloknya dimulakan selepas baby berusia setahun. Jadi jangan malu-malu untuk makan. Antara makanan yang membantu menambah kuantiti susu adalah :

- sup ayam + sayur bayam
- sup ayam + betik muda
- jantung pisang
- habbatus sauda
- elakkan nescafe, milo, tea

6. Baby Tidak Mahu Menyusu Dibotol/x mahu disuap dengan sudu.

Saya pernah mengalami. Memang sengsara. Tapi jangan jadikan alasan untuk berhenti memberikan susu ibu. Bagi yang bekerja, apabila masuk bulan kedua bercuti, sepatutnya baby sudah diberikan susu ibu melalui botol/suap dengan sudu. Ikut keselesaan masing-masing. Bagi saya sendiri, saya lebih suka memberikan melalui botol susu walaupun nurse marah hihi. Insyaallah, jika jadual teratur, tidak akan timbul masalah baby keliru. 
antara jadual penyesuaian botol yang saya lakukan
- Bermula pertengahan bulan kedua cuti bersalin, saya mula memberikan bayi susu yang diperah melalui botol sekali sehari.
- minggu berikutnya, berikan bayi susu perahan (EBM) melalui botol setengah hari. 
- apabila baki cuti bersalin tinggal 2 minggu, saya mula berikan baby EBM melalui botol sepanjang hari dan Direct feeding pada waktu malam.

Lebih banyak tips menyusul dalam blog purple saaya, atau boleh ikuti flash tips saya di http://www.facebook.com/UjyeRohimin.

Order Secara Online Sekarang, Atau hubungi saya untuk mendapat lebih tips dan konsultasi terbaik. Saya juga bersedia menjadi rakan sokongan penyusuan susu ibu, anda.

sms/whatsApp : 0128246245

Monday, June 16, 2014

Fakta Tentang CoQ10 Yang Anda Mesti Tahu

Fakta tentang CoQ10 yang anda mesti tahu :

* Terdapat banyak kes kegagalan jantung adalah disebabkan KEKURANGAN enzim CoQ10. Coq10 memberikan tenaga kepada setiap sel didalam tubuh kita termasuklah dalam JANTUNG, yang merupakan pengguna tenaga terbanyak dalam jantung kita. Tanpa CoQ10 yang cukup, jantung tidak mampu mengepam darah secara Efisien

* Badan kita menghasilkan CpQ10 secara semulajadi, tetapi faktor usia akan menyebabkan penghasilan Coq10 akan mengurang. Orang yang mengambil suplemen CoQ10 akan berasa 10 tahun lebih muda!!!

*CoQ10 merupakan AntiOksidan yang kuat.

*CoQ10 Menghalang pertambahan Kolestrol

* Coq10 Menambah keupayaan Memori dan kesihatan mental

* Tidak Semua Suplemen CoQ10 memberi manfaat kepada tubuh kita.. Jadi Berhati-hati, dan BERALIHlah kepada CoQHealth Plus daripada SHAKLEE yang terbukti berkesan, semulajadi dan mudah diserap oleh tubuh kita.



SMS / WhatsApp 0128246245 untuk Jantung Yang Lebih Sihat SEKARANG!!!

Monday, May 19, 2014

Cerita Berpantang : Jamu Vs Vitamin SHAKLEE

Alhamdulillah, Akhirnya setelah sekian lama menanti, Allah kurniakan saya anak perempuan.

Ketika saya mengandung, saya tidak terlalu rasa perbezaan dengan kandungan sebelum ini. Sebab kesemuanya saya lalui dengan aktiviti yang padat dan lasak. Dan Allah mengurniakan saya kesihatan yang baik sepanjang tempoh mengandung.

Cuma yang benar-benar agak berbeza adalah, selepas melahirkan baby, saya rasa sangat cergas, sihat, riang, ceria dan berseri. Tidak taulah jika aura anak perempuan menyebabkan semangat saya lain macam sehingga tercetus imej yang positif dari dalam diri saya. Tapi saya percaya, selain dari aura tersebut, faktor pemakanan juga menyumbang keadaan ini.

3 kandungan sebelum ini, saya mengambil jamu ketika berpantang. Tidak perlulah saya nyatakan jenis jamu yang saya makan. Pada kandungan pertama, saya Cuma sihat sepenuhnya selepas melepasi minggu ketiga. Ketika minggu pertama, saya masih ingat, arwah mak saya menyuruh saya memakai gincu untuk cover muka saya yang terlalu pucat selepas melahirkan anak.

Kandungan kedua, saya mula makan jamu ketika masih berada di hospital. Saya ikut saranan pada pek jamu tersebut iaitu, masukkan teh ke dalam air suam, dan campurkan madu untuk memulihkan tenaga sejurus selepas bersalin.  Akibatnya, baby saya mengalami jaundice yang teruk. Berpanjangan pulak tu. Huhu. Saya tidak berapa ingat berapa lama saya recover daripada ‘sakit’ selepas bersalin, Cuma yang saya ingat, bermula daripada anak kedua, saya mengalami kesakitan pada bahagian rahim, terutamanya ketika menyusukan baby. Orang cakap, darah beku. Tuhan dan mereka-mereka yang pernah mengalami sahaja tahu betapa seksanya menanggung kesakitan tu.

Kandungan ketiga, saya masih makan jamu yang sama ketika berpantang anak kedua. Tapi kali ini, saya bijak sikit. Saya hanya mengambil jamu tersebut selepas baby disahkan tidak lagi jaundice. Akibatnya.. badan agak lemah, dan sakit pada rahim menjadi-jadi terutama ketika menyusukan anak.
Oh ya, saya tidak pasti jika makanan saya menjadi penyebab, atau saya yang tidak tahu jaga yang menyebabkan darah nifas saya agak lambat kering selepas kelahiran  ketiga-tiga putera saya.


Untuk kandungan yang keempat ni,saya agak teruja untuk berkongsi. Saya rasa, dan semua orang yang berjumpa dengan saya cakap, saya Nampak sihat, ceria, segar, dan seolah-olah bukan orang yang baru bersalin. Orang cakap tu bukannya cakap seminggu selepas saya melahirkan baby. Orang cakap, selepas beberapa jam saya melahirkan. Syukur Alhamdulillah. Untuk kandungan yang keempat, saya mengambil set pregnan SHAKLEE sejak awal kandungan, sehinggalah saya melahirkan. Dan bersambung pula ketika berpantang.

ESP, Vitalea, Bcomplex, Vitamin C, dan Ostematrix. Suplemen yang jarang saya lupakan setiap hari. Dan hasilnya :


  • Kulit baby sangat gebu. Berbeza dengan putera-putera saya yang lahir gelap dan kusam, seperti warna Nescafe yang saya minum sepanjang mengandung. Untuk makluman semua, sepanjang mengandung baby yang ke4 ni pun, saya tidak pernah tinggal Nescafe. Almaklumlah.. sudah ketagih huhu.
  • Badan sihat, cergas, muka berseri
  • Jahitan pada luka bersalin cepat sembuh (dalam tempoh satu minggu sudah tidak terasa sakit)
  • Kurang stress
  • Masih bertenaga pada waktu siang walaupun terpaksa bangun malam untuk menyusukan baby atau temankan baby berjaga
  • Tiada kesakitan “darah beku” yang saya alami seperti berpantang anak kedua dan ketiga
  • Darah nifas berhenti ketika genap 2 minggu selepas bersalin
  • Oh ya.. untuk kandungan yang ini juga, jaundice baby tidak seteruk baby saya yang lain. Ketika mula cek, kadar SB 140. Dan hari berikutnya, turun kepada 130. Doktor suruh cek selang 2 hari selepas itu. Masa ni saya agak cuai, saya consume ZINC. Kan memang sudah sedia maklum, dalam ZINC ada serbuk alfafa. Dan akibatnya temujanji berikutnya, bacaan SB baby naik mendadak 222. Nasib baiklah ada mentor yang ingatkan saya untuk berhenti makan zinc. Alhamdulillah, 2 hari selepas itu, cek SB baby, turun mendadak kepada 90. Saya percaya, amalan minum ESP+MADU dan minum minyak zaitun setiap pagi ketika mengandung membantu meminimakan jaundice baby. Mungkin jika dimulakan sejak awal kandungan, baby langsung tidak ada jaundice. Tapi saya hanya mulakan amalan tersebt ketika usia kandungan masuk 35 minggu. Kredit juga kepada Muslim Cottage yang telah berkongsi petua mengelakkan jaundice dalam bukunya yang bertajuk Mudahnya Berpantang.  Dari dia saya tahu tentang  petua elak jaundice tu iaitu minum madu n minyak zaitun. Cuma saya modified sikit, tambahkan ESP.
  • Susu badan ‘cepat ada’. Tentunya sedia maklumkan, agak sukar menyusukan baby pada awal kelahiran sebab tiada susu. Tapi dengan pengambilan ESP, susu saya mula penuh pada hari ke3 selepas bersalin. Alhamdulillah.. rezeki Allah.
Insyaallah.. selepas ini, saya akan berEksperimen dengan set kurus pula. Memang kandungan pada kali ini saya agak bambam. Mungkin kesan pengambilan vitamin yang menyebabkan saya sentiasa berselera makan, atau.. mungkin juga disebabkan suami saya yang suka sangat belanja makan di tempat-tempat yang menyediakan banyak makanan sedap, berlemak, dan mengandungi kalori yang tinggi sepanjang mengandung, atau kedua-duanya sekali.. Nantikan perkongsian saya nanti. (untuk rekod, berat ketika mengandung 66KG, berat sekarang 59kg).

Untuk mendapatkan set Mengandung, Berpantang dan Breastfeeding Shaklee, atau ingin mendapatkan nasihat suplemen yang sesuai untuk anda hubungi saya melalui :

SMS : Taipkan SHAKLEE SUPLEMENT dan hantarkan ke 0128246245, saya akan hubungi anda.
WHATSAPP : 0128246245
Email : Ujye82@gmail.com
FB : www.facebook.com/UjyeRohimin



Sunday, September 15, 2013

Prosante Shaklee, Produk Penjagaan Rambut Yang Selamat dan Berkesan Memperbaiki Rambut

Beberapa hari lepas, saya dapat info menarik melalui WhatsApp.. Ianya berkenaan produk-produk di rumah kita yang menjadi penyebab BARAH atau CANCER. Antara yang dikongsikan dalam info tersebut :

“Dalam kebanyakan jenama SHAMPOO yang kita gunakan, terdapat bahan kimia yang dikenali sebagai Sodium Laureth Sulfate atau ringkasnya SLES. Bahan ini menyebabkan barah dalam jangka masa yang panjang dan ia bukannya jenaka. Meskipun pertanyaan telahpun dibuat terhadap syarikat ini dan jawapan dari mereka ialah : ‘Ya kami memang tahu masalah itu tetapi kami tidak boleh melakukan apa-apa kerana kami memerlukan bahan yang mengeluarkan buih yang banyak’ ”.

Sedikit sebanyak mungkin saja info ini menggusarkan kita. Namun ini sesuatu yang menggembirakan kerana, produk penjagaan rambut PROSANTE Dari SHAKLEE tidak mengandungi Natrium Lauryl Sulfat (SLS) Ataupun Natrium Laureth Sulfat (SLES). Prosante Shaklee juga :
Tidak mengandungi Cocamide DEA atau Lauramide DEA
Selamat untuk semua jenis rambut, walaupun diwarna atau dirawat dengan bahan kimia
Keseimbangan pH
Tiada Propilen Glikol
Tiada Quaternium 15
Tiada bahan pengawet “Penderma Formaldehyde” (seperti Imidazolidinyl Urea atau Diazolidinyl Urea)
Tiada warna dan bahan pewarna
Tidak mengeringkan dan tidak menanggalkan
Diuji oleh dermatologi
Diuji secara klinikal
Tidak menyebabkan folikel rambut tersumbat
Tidak diuji ke atas haiwan


Kajian Klinikal Prosante Shaklee menunjukkan, produk ini
Membantu memperbaiki dengan ketara penampilan rambut yang rosaak dengan ketara dalam masa hanya 30 hari dan menggalakkan penambahbaikan dengan penggunaan berterusan
Mampu mengurangkan kehilangan rambut ketika bersikat sehingga 65%
Mengurangkan jumlah rambut rosak dan bercabang sehingga 73%
Meningkatkan ketebalan rambut, dimana 61% subjek ujian mengalami rambut yang jelas kelihatan tebal
Rambut berVolum : 55% pengguna menyatakan peningkatan yang ketara dalam jumlah rambut mereka


Senarai Produk Penjagaan Rambut Prosante Shaklee :
Lightweight Conditioner
Long Lasting Finshing Spray
Nourishing Scalp Treatment
Pruifying Shampoo
Replenishing Conditioner
Revitalizing Shampoo


Bagaimana mendapatkan Set Penjagaan Rambut Prosante :
Pesan saja dari saya, Pengedar Sah Shaklee Anda :
Bujiah BT Hj ROhimin
 SID 950003
Email : Ujye82@gmail.com
Sms/WhatsApp : 0128246245