Thursday, December 11, 2014

SURPRISE!!!! Shaklee Mahu Semua Wanita Cantik

Assalamualaikum,

Kemarin, tiba-tiba dapat mesej bahawa Shaklee mengadakan promosi BUY 3 FREE 1 bagi Shaklee Collagen Powder hingga akhir Disember ini.

Oh my, memang shaklee mau semua wanita di Malaysia cantik berseri-seri bulan ni haha. Tidak cukup dengan Promosi Buy 6 Free 1 bagi Vitamin C dan E, buat pula promosi Buy Twinpack Vita E dan Vita C and get 5% Discount, sekarang ni bagi Collagen lagi.

Alhamdulillah.


Tuuuu dia poster kebaikan Shaklee Collagen Powder.

Mau lagi Extra Kebaikan??

Beli 3 Shaklee Collagen Powder ni, layak dapat 


  • Dapat Free Sekotak lagi Collagen Powder
  • Layak pulak Free Membership
  • dapat pulak UV, layak bonus terusss.. 
Amat berbaloi kan??

Jadi tunggu apa lagi, ringan-ringankan jari jemari, whatsApp ke nombor saya 0128246245 untuk pembelian. Penghantaran seluruh Malaysia :-)

Friday, December 05, 2014

Vitamin E - Fungsi, Sumber, Dan Kesan Sampingan

Vitamin E
Vitamin E adalah vitamin larut lemak.

Fungsi
Vitamin E adalah antioksidan yang melindungi tisu badan daripada kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas. Radikal bebas boleh merosakkan sel-sel, tisu, dan organ-organ. Radikal bebas juga menyebabkan penuaan lebih cepat.
Tubuh juga memerlukan vitamin E untuk membantu mengekalkan sistem imun yang kuat bagi menentang serangan virus dan bakteria.
Vitamin E juga penting dalam pembentukan sel-sel darah merah dan ia membantu badan menggunakan vitamin K. Ia juga membantu meluaskan saluran darah dan mencegah pembekuan darah.
Sel menggunakan vitamin E untuk berinteraksi antara satu sama lain dan menjalankan fungsinya yang banyak.

Sumber Makanan Yang Mengandungi Vitamin E
Cara terbaik untuk mendapatkan keperluan harian vitamin E adalah dengan memakan sumber makanan seperti:
• Minyak sayuran (seperti germa gandum, bunga matahari, jagung, dan minyak kacang soya)
• Kacang (seperti badam, kacang tanah, dan hazelnuts / filberts)
• seed (seperti biji bunga matahari / kuaci)
• sayur-sayuran berdaun hijau (seperti bayam dan brokoli)
• Bijirin sarapan, jus buah-buahan, marjerin, dan spread.

Kesan Sampingan
Pengambilan vitamin E dalam bentuk makanan adalah tidak berisiko atau merbahaya. Walaubagaimanapun, dalam bentuk suplemen,  dos yang tinggi mungkin meningkatkan risiko pendarahan dan pendarahan serius di otak.
Tahap yang tinggi vitamin E juga boleh meningkatkan risiko kecacatan kelahiran.

Dos yang disyorkan
Berikut merupakan cadangan pengambilan vitamin E untuk individu
Bayi
• 0-6 bulan: 4 mg / hari
• 7 hingga 12 bulan: 5 mg / hari
Kanak-kanak
• 1 hingga 3 tahun: 6 mg / hari
• 4-8 tahun: 7 mg / hari
• 9 hingga 13 tahun: 11 mg / hari
Remaja dan Dewasa
• 14 tahun dan ke atas: 15 mg / hari
•  wanita hamil :15 mg / hari
• breastfeeding mom : 19 mg / hari
Walaubagaimanapun sila dapatkan nasihat doktor  mengenai dos yang terbaik untuk anda.
Tahap selamat yang tertinggi suplemen vitamin E untuk orang dewasa adalah 1500 IU / hari dalam bentuk semula jadi  dan 1,000 IU / hari untuk (sintetik.

Memperkenalkan Vitamin E daripada SHAKLEE
Vitamin E Shaklee mengandungi 400IU Vitamin E, dan 10MCg Selenium. Pengambilan Vitamin E yang dilengkapi dengan selenium membantu penyerapan yang optimum dan membolehkan Vitamin E menjalankan fungsinya dengan baik.
Vitamin E Shaklee juga diperkaya dengan Ekstrak Biji Anggur. Antara kelebihan Ekstrak Biji Anggur ialah :
  • ·         Penyembuhan luka
  • ·         Mencegah kanser kulit
  • ·         Jika diambil bersama kalsium akan menguatkan tulang
  • ·         Manfaat Kardiovaskular : antioksidan dalam biji anggur berpotensi melindungi saluran darah daripada rosak
  • ·         Mengurangkan edema (bengkak)
  • ·         Menghalang penurunan kognitif


Apa yang istimewanya jika membeli Vitamin E Shaklee pada bulan Disember 2014?
Pada bulan ini, SHAKLEE menawarkan promosi Buy 6 Free 1 bagi Vitamin E. Jika anda tidak mampu membeli 6 botol, jangan bimbang. Anda masih mampu berjimat dengan pembelian Beli 2 dengan diskaun 5%.

Tunggu apa lagi. Segera hubungi saya melalui whatsApp 0128246245 untuk mendapatkan Vitamin E daripada SHAKLEE





Monday, December 01, 2014

Sustained Release Vitamin C Daripada Shaklee

Vitamin C, atau asid askorbik, adalah nutrien penting yang terdapat dalam banyak buah-buahan segar dan sayur-sayuran. Ia adalah penting untuk diet yang sihat. Vitamin C mudah rosak apabila makanan dipanaskan atau disimpan terlalu lama di atas rak.

Vitamin C adalah salah satu makanan tambahan yang paling popular diantara semua makanan tambahan. 

Vitamin C adalah penting untuk kekuatan tisu yang betul dan untuk menyokong kolagen. Ia juga membantu melindungi membran sel daripada buangan toksik dan kemusnahan daripada sistem imun yang terlalu aktif. Ia bertindak sebagai antioksidan dan amat berkesan apabila diambil dengan vitamin E. Vitamin C digunakan untuk alahan dan sebagai ubat anti-virus. Penggunaan Vitamin C yang kerap boleh mengurangkan risiko kanser.

Berikut adalah contoh kegunaan utama vitamin C:
• Menggalakkan penyembuhan luka.
• Vitamin C biasanya digunakan untuk menyokong fungsi imun dan perlindungan daripada penyakit virus dan kanser.
• Ia juga boleh membantu pada orang dengan kolesterol tinggi, katarak, kencing manis, alahan dan asma, dan penyakit periodontal. Sebagai antioksidan, ia melindungi pembuluh darah dan kanta di mata anda, dan membantu mengekalkan tisu badan yang kuat.
• Vitamin C adalah popular untuk menjauhkan dan memendekkan kesan yang tidak menyenangkan daripada selesema biasa.
Asid askorbik wujud secara semula jadi dalam buah-buahan sitrus, lada loceng (kapsikum), tomato, strawberi, dan banyak buah-buahan lain. Keperluan minimum untuk mencegah kekurangan vitamin C, yang dikenali sebagai skurvi, adalah 60 mg. Biasanya diambil dalam 500 hingga 1,000 mg dos. Jika diambil dalam jumlah yang lebih besar, seperti 10 hingga 20 gram setiap hari, boleh menyebabkan ketoksikan ringan. Cirit-birit adalah kesan sampingan yang paling biasa.
Namun, tidak perlu bimbang kerana Vitamin C adalah tidak toksik, ianya akan dibuang melalui air kencing.


Yang Istimewanya tentang Sustained Release Vitamin C Daripada Shaklee

:: Diantara produk popular yang dikeluarkan oleh SHAKLEE adalah Sustained Release Vitamin C. Mungkin ramai yang tidak tahu apa maksud “sustained release”. Ok dinamakan demikian sebab, Vitamin C Shaklee dirembeskan secara perlahan-lahan ke dalam tubuh kita (100gm bagi setiap jam). Ciri ini tentunya baik untuk mengekalkan vitamin C dalam badan kita pada setiap masa.

:: Sustained Release Vitamin C Shaklee tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan. Ianya selari dengan prinsip SHAKLEE untuk menyediakan produk kesihatan yang selamat, berkesan dan semulajadi.

:: Sustained Release Vitamin C daripada SHAKLEE adalah vitamin C yang menjadi pilihan pengguna yang bijak. Mana tidaknya, sebiji Vitamin C bersamaan dengan khasiat yang terdapat dalam 7-8 biji Limau, dan harganya Cuma RM0.51. (Sebiji limau berharga lebih kurang RM1.99, Eiks.. kalau 8 biji???) Vitamin C Shaklee lebih murahkan? Anda boleh sihat dan jimat.

:: Yang lebih menarik adalah, sepanjang bulan ini, produk promosi SHAKLEE adalah Sustained Release Vitamin C. Buy 6 Free 1 Yooooo.. siapa mau bagi penjimatan sebotol Vita C yang bernilai RM92.50 kan? Kan? Kan?

:: Atau, kalau tidak mampu beli 6 untuk mendapatkan promosi, boleh juga beli 2 Sustained Release Vitamin C dengan DISKAUN 5%.

Jadi tunggu apa lagi, order set Sustained Release Vitamin C anda sekarang, dan mulakan hidup yang lebih sihat dan lebih awet muda. Tidak perlu cucuk-cucuk pun untuk cantik. Telan saja dengan air hihihi.