Thursday, July 10, 2014

Phytocol ST Shaklee : Katakan TIDAK Pada Kolestrol (Cholesterol)

Dianggarkan bahawa satu daripada tiga orang dewasa di Malaysia mempunyai paras kolesterol yang tinggi. Kandungan kolesterol (cholesterol) yang tinggi dalam darah menyumbang kepada masalah kesihatan yang serius dimana ia boleh dihidapi oleh sesiapa sahaja tanpa mengira usia, dan dalam jangkamasa panjang ini akan memberikan impak negitif terhadap kesihatan jantung dan fungsi kardiovaskular. Tetapi apa yang lebih membimbangkan kita sekarang dimana ramai individu yang masih tidak menyedari bahawa paras kolesterol mereka terlalu tinggi!!

Apa Itu Kolestrol (cholesterol)?

Kolesterol (cholesterol) merupakan bahan lemak yang terdapat dalam saluran darah dan kesemua sel-sel badan. Ia merupakan komponen tubuh yang penting untuk pembentukan sel membrane, hormone, hempedu dan tisu-tisu lain dalam tubuh.

Dua sumber utama kolesterol (cholesterol)

Kolesterol (cholesterol) dihasilkan secara semulajadi oleh hati anda tetapi ia juga boleh diperolehi dari makanan harian anda. Kolesterol yang anda makan akan meningkatkan paras kolesterol (cholesterol) darah anda. Kandungan kolesterol (cholesterol) darah yang terlalu tinggi akan meningkatkan risiko penyakit jantung dan angin ahmar (stroke).

Bagaimana Kolesterol (cholesterol) Boleh Menyebabkan Penyakit Jantung??

Terdapat dua jenis kolesterol utama dalam darah anda:
  • LDL  (Lipoprotein ketumpatan rendah )
  • HDL (Lipoprotein ketumpatan tingi )

LDL  dikenali sebagai kolesterol (cholesterol) “jahat” kerana paras kolesterol (cholesterol) LDL yang terlalu tinggi dalam darah boleh membentuk sejenis bahan melekit (Plak) dalam saluran darah anda. Plak ini akan menyumbatkan saluran darah dan menyekat aliran darah, seperti yang berlaku semasa serangan jantung atau angin ahmar.

Sebaliknya, kolesterol HDL dikenali sebagai kolesterol “baik” kerana ia membantu mengangkut kolesterol dari salur darah balik ke hati untuk disingkirkan. Dalam erti kata lain, HDL berperanan membersihkan saluran darah.

Oleh yang demikian, untuk melindungi diri daripada penyakit kardiovaskular, anda hendaklah mengekalkan paras kolesterol (cholesterol) HDL yang tinggi dan paras kolesterol (cholesterol) LDL yang rendah.

Awas!! Penyakit-Penyakit Utama Akibat Kolesterol  (cholesterol) Tinggi

Jika Anda mempunyai tinggi kolesterol (cholesterol):

  • Risiko serangan jantung meningkat sebanyak 15.6%
  • Risiko angin ahmar meningkat sebanyak 11%
  • Risiko yang lebih tinggi untuk tekanan darah tinggi, penyakit hati seperti hati berlemak, dan masalah ketidakseimbangan hormone yang akan menjejaskan fungsi seksual.

Apakah Penyebab Utama Tinggi Kolesterol (cholesterol)??

Makanan Malaysia yang tinggi lemak serta kalori adalah di antara punca terjadinya masalah tinggi kolesterol (cholesterol). Persatuan jantung Amerika mengesyorkan pengambilan kolesterol (cholesterol) tidak melebihi 300mg sehari. Bagi mereka yang menghidapi penyakit jantung hendaklah menghadkan pengambilan kolesterol (cholesterol) kurang daripada 200mg sehari.

Walaupun begitu, cuba bayangkan anda sedang mengambil menu harian Malaysia seperti ini :

  • Sarapan (2 keping Roti Canai) = 350mg
  • Makan tengah hari (Nasi Lemak) = 213mg
  • Makan malam (Char Kway Teow) = 235mg

Anda pasti tidak menyangka bahawa anda telah mengambil sebanyak 798mg Kolesterol!! Itu adalah hampir tiga kali ganda lebih dari pengambilan harian yang disyorkan!

Bertindak Hari Ini : Ikuti Petua Ini Untuk Merendahkan Paras Kolesterol (cholesterol) Darah Anda Secara Semulajadi

  • Amalkan Pemakanan Seimbang, rendah lemak tepu dan tinggi serat larut.
  • Lakukan senaman lebih kerap
  • Turunkan berat badan
  • Institut kesihatan kebangsaan Amerika (NIH) mengesyorkan penambahan fitosterol kedalam diet harian anda bagi menurunkan paras kolesterol (cholesterol) secara semulajadi.


Atasi Masalah Kolesterol Anda Secara Semulajadi Dengan FITOSTEROL.

Apa Itu Fitosterol (phytosterols)??

Fitosterol (phytosterols) ( dirujuk sebagai sterol dan sterol tumbuhan ) wujud secara semulajadi dalam kandungan yang sedikit dalam sumber makanan seperti buah-buahan, sayur-sayuran, kekacang, biji-bijian, legume, bijiran dan minyak sayuran. Lebih dari 80 kajian klinikal telah diterbitkan di dalam penerbitan saintifik melaporkan keberkesanan dan keselamatan fitosterol (phytosterols).

Jadi, Bagaimanakah Fitosterol (phytosterols) Berkesan??

Struktur fitosterol (phytosterols) adalah hamper sama seperti kolesterol (cholesterol), dan dengan pengambilan fitosterol (phytosterols), ia akan bersaing dengan kolesterol (cholesterol) untuk tapak penyerapan dalam system penghadaman. Hasilnya, penyerapan kolesterol (cholesterol) dihalang dan ia akan disingkirkan keluar bersama-sama fitosterol (phytosterols). Ini bermaksud, apabila anda mengambil lebih banyak fitosterol (phytosterols) maka semakin kurang kolesterol (cholesterol) yang dapat diserap oleh tubuh dan semakin tinggi peluang untuk anda menurunkan paras kolesterol (cholesterol) LDL.

Berapa Banyak Fitosterol (phytosterols) Yang Anda Perlukan??

Institut Kesihatan Kebangsaan Amerika (NIH) mengesyorkan pengambilan 2,000mg fitosterol (phytosterols) dalam diet harian anda untuk membantu menurunkan paras kolesterol (cholesterol) secara semulajadi.

Sumber Fitosterol (phytosterols)

Untuk memperolehi 2,000mg Fitosterol (phytosterols) pertimbangkan dahulu makanan yang anda ambil :

1. Phytocol ST Shaklee yang membekalkan 2,000mg fitosterol (phytosterols) tumbuhan sehari; 




atau


2. 200 biji lobak merah; 



atau

3. 70 keping roti gandum; 

atau

4. 425 biji tomato.

Pilihan ditangan anda!


ORDER ONLINE SEKARANG Untuk mendapatkan Phytocol ST Shaklee, atau

SMS/WhatsApp 0128246245 untuk konsultasi percuma tentang Phytocol ST Shaklee dan produk-produk shaklee yang lain








Sunday, July 06, 2014

Dilema Ibu Berkerjaya, Breastfeeding Atau Susu Formula


BreastFeeding?

Bekerja?
Pam Susu?
Susu Merundum???
Anak x suka menyusu d botol susu?
Meragam bila disuap dengan sudu??

Dilema orang yang bekerja. samada meneruskan breastfeeding atau bertukar kepada susu formula.
Bagi saya, selepas mendalami 'ilmu' breastfeeding, saya memilih untuk menyusukan anak saya dengan susu ibu. sekurang-kurangnya untuk 6 bulan pertama secara ekslusif.
Ianya lebih selamat, mudah dan murah. Dan andainya saya dapat beritahu semua ibu, penyusuan susu ibu adalah sangat indah, sangat manis dan ianya adalah saat-saat yang paling dirindui setelah anak kita kian membesar.
Saya mula menyusukan anak secara ekslusif sejak anak yang kedua. saya tidak nafikan, ketika anak pertama bukannya saya tidak mahu menyusukan anak, tapi saya kurang ilmu, dan saya mengalami tekanan yang sangat hebat apabila ibu saya meninggal dunia ketika anak saya berusia 3 bulan. Tanpa suami disisi, ibu pun sudah tiada, menyebabkan saya hilang pedoman buat seketika. Dan pada ketika itu, saya memberikan susu formula kepada anak saya.

Lupakan itu. 

Cabaran utama yang dihadapi oleh ibu-ibu yang bekerja adalah, stok susu tidak mencukupi, tidak mempunyai peralatan yang cukup untuk menyokong penyusuan susu ibu, tiada sokongan dari keluarga dan orang sekeliling, susu merundum dan banyak lagi..

1. Stok Tidak Mencukupi

Bagi mengatasi masalah ini, sepatutnya seorang ibu yang bekerja mula menyimpan stok ketika bulan kedua cuti bersalin. pada masa ini, jadual tidur bayi biasanya sudah 'stabil'. Tidak lagi bangun pada waktu malam. Adapun, mungkin hanya sekali. 
Ambil kesempatan untuk mengepam susu pada waktu bayi tidur pada waktu malam. bagi saya sendiri, sesi 'pumping' adalah pada pukul 3 pagi. Pada waktu ini biasanya susu sudah full, dan membolehkan kita memperolehi sekurang-kurangnya 100-120ml susu, atau lebih.
Lakukan setiap malam. 
Bayangkan jika kita mula menyimpan stok sejak bulan kedua cuti bersalin, apabila mula bekerja kita sudah mempunyai simpanan sebanyak 60 botol susu. Jika mengikut pengalaman saya, amaun itu sudah lebih dari mencukupi untuk bekalan anak anda. Amaun itu pasti akan bertambah sebab ketika keluar bekerja, lebih banyak sesi pumping yang boleh anda lakukan.

2. Peralatan Tidak Mencukupi.

Sepatutnya pada masa kini, tiada lagi masalah peralatan tidak mencukupi. ada banyak set pam susu yang dijual dipasaran yang boleh kita perolehi dengan harga yang berpatutan. Boleh dibeli secara online, mahupun offline. secara tunai, mahupun Kutu.

Sebelum ini saya sendiri menggunakan jenama AVENT untuk membantu penyusuan susu ibu. Bagi saya, saya berpuas hati dengan kesemua produk Avent yang pernah saya pakai. Walaupun harga agak mahal, tapi kualitinya dijamin. Saya menggunakan Avent untuk 2 orang anak saya, Ayee dan Lu'lu. Saya gunakan set yang sama. Pada masa ni, mencari kedai yang menjual part Avent bukanlah susah. Ada di store Anakku, Parkson dan store online.
Untuk penyusuan kali ni, saya bertukar jenama. Autumz. Sebenarnya niat dihati mau beli Medela. Tapi disebabkan terlalu banyak komitmen lain yang memerlukan RM, saya memilih Autumz yang jauh lebih murah. Lagipun saya google testimoni diinternet, ramai yang puas hati dengan jenama Autumz. bagi saya sendiri, jika prestasi Autumz tidak bagus, saya masih ada pam susu Avent 'antik' yang boleh saya gunakan sebagai alternatif.
Saya cuma ingin kongsikan, jika berminat dengan jenama Autumz, boleh lah beli Set Pakej Rakyat yang ada dijual di Baby Dreamland, Metro Town. Pakej Rakyat ni cuma berharga RM634. Bukan sahaja pam susu, Sterilizer, warmer, storage bag, storage bottle, cooler bag, ice pack..semua ada. Nursing bra pun termasuk dalam pakej ni hihi.. Kalau tidak mahu set pun, boleh beli pam susu sahaja. Tapi bagi saya sendiri dengan membeli dalam bentuk pakej, lagi berbaloi. kita boleh dapat penjimatan sehingga rm200++. 
Setakat ni saya berpuas hati dengan Autumz.

3. Tiada Sokongan Dari Keluarga atau Orang Terdekat

Ibu yang mengambil keputusan untuk menyusukan anak sepenuhnya, perlu berkongsi ilmu dengan orang yang paling rapat iaitu suami atau ibu bapa. Banyak ilmu yang boleh diperolehi daripada blog, forum sokongan susu ibu dan brochure yang boleh diperolehi daripada klinik kesihatan ibu dan anak. dalami ilmu tu, dan kongsi dengan keluarga.
Antara 'ilmu' paling minima yang boleh kita kongsikan adalah :

  • susu yang sudah dibekukan, x boleh dikeluarkan dari peti sejuk jika tidak digunakan serta merta. 
  • susu yang dibekukan bukan ice cream, jadi jangan sekali2 makan
  • stress boleh mengakibatkan pengurangan susu ibu. jadi kurangkan stress dirumah. kalau boleh layan ibu menyusukan anak seperti permaisuri hahaha.
dan macam2 lagi.

5. Pengeluaran Susu Merundum

Ada pendapat dikalangan ibu-ibu yang menyusukan dan pakar2 penyusuan susu ibu mengatakan, susu akan sentiasa mencukupi dengan konsep Demand & Supply. Saya setuju dan tidak setuju. 
Saya setuju sebab, memang benar, selagi anak kita menyusu susu ibu (demand) dan selagi kita mahu memberikan susu ibu(supply), selagi itulah susu kita tidak akan kering, sentiasa ada dan cukup untuk anak kita.
Saya tidak setuju sebab, berdasarkan pengalaman saya, ada ketikanya susu boleh merundum akibat penat, sakit, stress, dan macam-macam masalah yang tidak dirancang. Saya pernah alami ketika anak kedua, dimana pada masa itu suami saya berkursus 6 bulan di Kuching sebaik sahaja saya tamat berpantang. Bermula dari itu, segala urusan keluarga saya kendalikan. dan ada masanya bila terlalu penat, saya tidak melakukan sesi pumping pada waktu malam. Dan bila saya skip satu sesi pada waktu malam, saya perasan kuantiti susu akan berkurang pada malam berikutnya. bila berlaku berulang2, sampai satu tahap saya 'terpaksa' mengambil ubat dari klinik untuk 'membanyakkan' susu. (hihi.. maafkan bahasa melayu saya).

Untuk kali ini, sebab saya sendiri sudah merasa suplemen Shaklee, saya 'rekemen'kan kepada siapa-siapa yang menyusukan baby mengambil set ini.


  1. Vitalea dalam membekalkan multivitamin yang diperlukan oleh badan. badan sihat, susu badan berkualiti, pengeluaran tidak terganggu.
  2. Bcomplex terkenal sebagai vitamin Anti Stress. fikiran lapang, tiada stress membantu susu badan 'sentiasa ada'.
  3. Vitamin C antioksidan, meningkatkan sistem pertahanan badan. disamping bagus utk ibu, baby juga dapat kesan
  4. Alfafa dan ESP, Milk Booster yang terkenal. Susu akan jadi lebih banyak, lebih pekat dan baby cepat kenyang. Ada ibu yang berkongsi kerisauan dengan saya, katanya.. ESP bukan sahaja menyebabkan ibu kenyang dalam tempoh yang lama, baby pun sama sehingga tidak mahu menyusu bila diberi. komen saya, selagi pertambahan berat bayi tidak terganggu, baby sihat, sepatutnya perkara tu tidak menjadi kerisauan. Saya percaya, baby tetap akan menangis bila perlukan susu. jadi jangan paksa dan susah hati bila baby tidak mahu menyusu akibat 'dipaksa'. Jika takut susu merundum sebah baby jarang menyusu, buat sesi pumping bila terasa susu penuh dan baby masih belum mahu menyusu. 
  5. Ostematrix bukan sekadar kalsium. Ianya juga membantu mengatasi masalah insomnia dan mengelakkan pening kepala ketika bangun pada waktu malam

Selain suplemen, jaga pemakanan untuk memastikan susu ibu mencukupi. Tidak perlulah diet sangat. Biar badan montok, asalkan anak cukup susu. satu artikel di baby center mencadangkan, 'aktiviti menguruskan badan' seeloknya dimulakan selepas baby berusia setahun. Jadi jangan malu-malu untuk makan. Antara makanan yang membantu menambah kuantiti susu adalah :

- sup ayam + sayur bayam
- sup ayam + betik muda
- jantung pisang
- habbatus sauda
- elakkan nescafe, milo, tea

6. Baby Tidak Mahu Menyusu Dibotol/x mahu disuap dengan sudu.

Saya pernah mengalami. Memang sengsara. Tapi jangan jadikan alasan untuk berhenti memberikan susu ibu. Bagi yang bekerja, apabila masuk bulan kedua bercuti, sepatutnya baby sudah diberikan susu ibu melalui botol/suap dengan sudu. Ikut keselesaan masing-masing. Bagi saya sendiri, saya lebih suka memberikan melalui botol susu walaupun nurse marah hihi. Insyaallah, jika jadual teratur, tidak akan timbul masalah baby keliru. 
antara jadual penyesuaian botol yang saya lakukan
- Bermula pertengahan bulan kedua cuti bersalin, saya mula memberikan bayi susu yang diperah melalui botol sekali sehari.
- minggu berikutnya, berikan bayi susu perahan (EBM) melalui botol setengah hari. 
- apabila baki cuti bersalin tinggal 2 minggu, saya mula berikan baby EBM melalui botol sepanjang hari dan Direct feeding pada waktu malam.

Lebih banyak tips menyusul dalam blog purple saaya, atau boleh ikuti flash tips saya di http://www.facebook.com/UjyeRohimin.

Order Secara Online Sekarang, Atau hubungi saya untuk mendapat lebih tips dan konsultasi terbaik. Saya juga bersedia menjadi rakan sokongan penyusuan susu ibu, anda.

sms/whatsApp : 0128246245