Monday, June 24, 2013

Sibuknya Jadi Pengedar Shaklee..

Tajuk tu bukan rungutan. Itu adalah rumusan selepas beberapa hari menjadi pengedar SHAKLEE. Saya sebenarnya belum habis belajar pun tentang shaklee. Tapi once saya update status di wall fb saya, berturut-turut PM untuk bertanyakan mengenai produk shaklee. Ada yang masih baru, dan ada yang memang pengguna produk shaklee sebelum ini. Masing-masing mengakui kebaikan vitamin shaklee.

Bagi saya, fenomena ini masih baru. Dan saya tidak pernah menjangka inilah sambutan yang saya akan dapat selepas menjadi pengedar shaklee. Alhamdulillah. Walaupun sedikit terlewat (sebenarnya banyak terlewat) saya belum terlambat. Dulu, kawan saya pernah ajak bersaama-sama memulakan perniagaan ini, tapi saya jual mahal. 2, 3 kali dia offer sebenarnya. Tapi serius cakap. saya jenis orang yang kalau tidak berminat, memang tidak akan mencuba. Tapi sila berhati-hati kalau kemahuan dan keinginan sudah terpatri dlam hati saya. Apa bentuk halangan pun saya akan hadapi untuk mendapatkannya. Dan ini yang saya rasa sekarang. Semoga semangat ini bukanlah cetusan perasaan riak dan bukan pula sekadar hangat-hangat tahi ayam. 


Berbalik kepada tajuk di atas. Kenapa saya cakap sibuk? Sebab shaklee punya ramai pengguna. Kebanyakan yang PM saya, adalah pengguna kali kedua, ketiga malah ada yang memang pengguna tegar shaklee sejak dulu. ups.. terulang entri rangkap saatu. Anggap sajalah ini penegasan. Diorang tidak berminat menjadi pengedar, tapi sentiasa mencari produk shaklee, selepas merasai sendiri kesan pengambilan suplemen shaklee. Dan Alhamdulillah, Tuhan berikan saya rezeki. Dengan pembelian diorang ni lah UV saya bertambah.

Sebenarnya, mau juga saya tanya kepada pelanggan-pelanggan saya, kenapa tidak mahu jadi pengedar? Kan jadi pengedar banyak kelebihan, kalaupun tidak target bonus ribuan ringgit, sekurang-kurangnya kita dapat pulangan tunai bagi setiap ringgit yang kita laburkan. Contoh bagi saya sendiri, nilai UV yang saya perolehi daripada produk yang saya dan keluarga gunakan, bersamaan dengan RM50. Fuiyyoo.. banyak tu. Memang banyak bagi orang yang mata duitan macam saya. Kalau kita beli vitamin di kedai ubat atau farmasi, rasanya kita tidak akan dapat pulangan tunai kan? nampak untung di sini. N lagi.. sebagai pengedar, kita dapat harga yang lebih murah. Off course lah, kalau beli dengan saya.. banyak juga diskaun yang saya bagi, n saya pasti pengedar lain pun bagi diskaun, tapi, rasanya puas lagi jika kita nikmati sendiri harga member tu kan. kalau kesempitan, iklan d FB, jual dgn retail price.. dapat sudah untung :-).


.. 
..
Ok lah, x mau cakap banyak, just mau share iklan rasmi saya di FB
Adakah anda tergolong seperti ini:
- Ingin Mencari Duit Lebih Untuk HARI RAYA?
- SURIRUMAH yg ingin membantu suami?
- PELAJAR yg ingin mendapat duit sampingan?
- PENGANGGUR yg ingin mencari wang?
- Keinginan utk merubah diri anda yg KESEMPITAN wang?
- KERJA tetapi duit hanya cukup-cukup makan sahaja?

BERUBAH SEKARANG!!!!! JOM JOIN KAMI DALAM GROUP JUTAWAN SHAKLEE. Panduan dan bimbingan PERCUMA sehingga Berjaya.

AMARAN: Ini bukan program duduk diam dapat duit atau skim cepat kaya!
 Nampak tu.. Bukan Skim Cepat Kaya. Shaklee adalah.. kalau rajin, percaya pada diri, berusaha, berdoa dan tawakal, pasti ada habuan menanti anda di hadapan.

Assalamualaikum

pst.. Mimpi saya malam ini adalah bertemakan Sihat, Menawan dan Berinspirasi.


Kesimpulan daripada RUMUSAN ini adalah, jika anda jadi pengedar shaklee, sebenarnya mudah.. sebab dengan produk yang berkualiti, bukan anda yang datang kepada pembeli, pembeli yang akan datang kepada anda.

Kalau tadi tema mimpi.. nah, sy share background mimpi saya malam ni. Assalamualaikum sekali lagi.




Friday, June 21, 2013

Ucapkan Syukur Alhamdulillah

Alhamdulillah. "Nikmat Tuhan Mana Lagi Yang Kamu Dustakan.." Sedikit petikan daripada surah AlRahman. Ayat yang diulang-ulang, tanda penegasan dan pertanyaan Allah SWT kepada kita, kenapa kita tidak bersyukur dengan nikmat yang tiada hentinya yang Allah kurniakan. Demikian yang saya faham. takat pemahaman seorang suri rumah yang duduk di ceruk dapur, boleh lah.

Hari ketiga saya berkecimpung dalam perniagaan shaklee. dan hari ketiga saya melakukan jualan dgn gaya yang cemerlang. Target 2 produk terjual setiap hari sudah saya capai seawal 9.00 pagi. Syukur ya Allah. Nampaknya dengan kutipan UV setakat tiga hari, saya yakin dalam tempoh sehingga hujung bulan ini, saya boleh melakukan penajaan. Menaja dan membimbing seorang lagi usahawan yang ingin memulakan perniagaan secara online. Saya tekankan secara online kerana, target saya membantu golongan para ibu seperti saya untuk menjana pendapatan yang berlipat kali ganda walaupun hanya duduk dirumah, melakukan rutin seharian, menjaga anak, menghantar anak ke sekolah, menyediakan makanan, mencuci pakaian.. dan semuanya.


"Saya tidak tahu..". kata seorang kawan. "Adakah mau beli?" tanya yang lain pula. Itu adalah reaksi biasa yang saya dengar apabila saya kata.. perniagaan online. Saya jawab, selama ini.. saya menjual, adakah saya keluar rumah,  pergi tamu, atau ketuk pintu ke pintu? Tidak. Selama ini saya hanya melakukan perniagaan online. Bangun di kala anak-anak telah tidur, membuka laptop , dan mula menerawang ke alam siber. Mencari sesuatu yang saya boleh tukarkan kepada pendaptan. Off course, main game tetap ON. Itu habit yang sukar dibuang. Main Candy Crush. huhu. Ada siapa yang berminat mau join? bertukar2 nyawa.. agar boleh main candy crush sama-sama dgn nyawa yang tiada habisnya? Hahaha.. hambek. penangan candy crush, sampai kawan pun call minta saya jawab request dengan segera, sebab dia kehabisan nyawa Candy Crush. Apa-apalah. Bagi saya.. tiada salahnya main game, asal saja kita tetap berpegang, kita hamba Allah, kita khalifah yang dipertanggungjawabkan dengan seribu satu macam amanah. seboleh mungkin kita laksanakan, agar kelak kita tidak mati kutu bila berdepan dengan Malaikat, apabila kita mati.


Hurmm.. sambung balik tentang perniagaan online. Saya malas ulang-ulang, tapi sebab perniagaan online adalah minat dan kecenderungan saya, saya tetap tekankan kepada kawan-kawan yang bertanya.. Perniagaan online menguntungkan. Pasaran kita luas. Dan percayalah, jika kita berusaha, produk yang kita bawa bagus, bernilai untuk setiap sen yang kita laburkan, seterusnya kita tawakal kepada Allah, kenapa takut? Kan makna tawakal adalah berserah kepada Allah. Insyaallah, penyerahan dan pergantungan sepenuhnya kepada Allah tidak akan memberikan kita kecewa. Andai target kita tidak tercapai sekalipun, pasti kita tidak akan kecewa sebab kita tau pasti ada hikmah kenapa Allah belum memberikan apa yang kita mahu.


Terangsang kah dengan kata-kata di atas? Alhamdulillah, jika ya. Saya memang berminat untuk memotivasikan insan-insan di sekeliling saya, dengan harapan apabila mereka bermotivasi, saya juga terkena tempias. Kan kita orang islam selalu disogokkan dengan fakta, bergerak dalam jemaah lebih banyak kelebihan berbanding bergerak seorang diri. Penerangannya mudah. Andaikan saya seorang yang bermotivasi berkumpul bersama 10 orang yang tidak bermotivasi dan selalu nampak jalan mati, tidak mustahil saya akan bersama mereka. menemui jalan mati. Tapi andainya saya bergaul bersama mereka yang bermiotivasi, Insyaallah motivasi saya juga akan meningkat, sebagaimana mereka.


fuhh cukup setakat ini, kerja seterusnya menghantar anak ke sekolah harus saya laksanakan. Itu juga amanah. tiada gaji dr husbn yang mengamanahkan kerja ini kepada saya, tapi saya percaya, Allah sentiasa melihat apa yang saya lakukan. Biarlah dia saja yang menilai tindak tanduk saya. :-)


Jika anda ingin berExperien menjual secara online, ketandusan modal dan idea, apa kata join saya, jadi member Shaklee,d an menjual lah. Untungnya berniaga dengan Shaklee, ramai orang tau kebaikannya. Dan untungnya menjadi pengedar shaklee, bonus lumayan bagi mereka yang berkeinginan, berusaha, dan bertawakal.


Sms 0128246245 atau add saya d fb www.facebook.com/UjyeRohimin atau, weChat jer, ID saya Ujye82. Kita berbicara tentang shaklee, tentang produk dan bisnes nya yang menguntungkan. Atau jika anda ingin melakukan pembelian, tapi bukan member, dan inginkan produk shaklee pada harga member, boleh.. beli jer dengan ID Shaklee Saya ID950003 (Bujiah Bt HJ Rohimin).


Salam kekayaan dan kejayaan dunia akhirat :-)

Friday, June 14, 2013

Jersi Bola Sepak Malaysia Original!!!!


Dapatkan JERSI BOLA SEPAK MALAYSIA YANG ORIGINAL, dengan harga terbaikkkk punyerrr. Klik Jersi Original untuk mendapatkan koleksi terhangat di pasaran :-)